Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, isu tunggakan gaji pemain perlu diselesaikan sebelum 15 Oktober, supaya Kafa boleh mengemukakan permohonan baharu mendapatkan lesen kelab daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang akan melayakkan pasukan itu beraksi pada Liga Malaysia musim depan.
"Kami menuntut penaja yang mempunyai tunggakan penajaan bersama kami memenuhi janji mereka kerana wang tajaan tersebut diperlukan untuk membayar tunggakan gaji beberapa pemain yang belum dilangsaikan.
"Penaja harus ingat pemain dan pasukan sudah membawa nama penaja setiap kali beraksi di atas padang, mereka (penaja) perlu bertanggungjawab dengan janji ke atas penajaan mereka itu sebelum ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata, sehingga kini Kafa telah menyelesaikan tunggakan gaji beberapa bekas pemain Kelantan musim lalu dan musim ini serta bekas jurulatih musim 2016, Velizar Emilov Popov.
Sebelum ini, berikutan tunggakan gaji pemain, pasukan Kelantan dipotong enam mata namun kembali memperoleh tiga mata selepas mengemukakan rayuan kepada Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) dan FAM.
Pada masa ini, skuad bimbingan Zahasmi Ismail itu diambang penyingkiran ke Liga Perdana setelah berada pada kedudukan 11 selepas 21 perlawanan.
Kelantan kini bergantung nasib pada perlawanan terakhir bertemu Melaka United di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 28 Okt depan, untuk kekal beraksi dalam Liga Super musim depan
Sumber Kafa tuntut penaja bayar baki tajaan
0 Response to "Kafa tuntut penaja bayar baki tajaan"
Post a Comment