Wanita yang tinggal di rumah dipenuhi sampah dan uzur bersama lima anaknya di Kampung Paloh, Pintu Geng, di sini menghilangkan diri selepas kisahnya didedahkan kepada umum.
Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri, Rahayu Ahmad berkata, susulan pendedahan tersebut, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuat tindakan susulan mengambil lima beradik berkenaan untuk ditempatkan di rumah perlindungan di Pengkalan Chepa.
Beliau berkata, pihaknya turut difahamkan wanita itu yang dibawa ke balai polis untuk menjalani ujian air kencing semalam, namun dia dibebaskan selepas prosedur selesai.
"Kami cuba mengesan wanita tersebut di rumahnya hari ini namun gagal. Jirannya memberitahu wanita itu tidak pulang ke rumah malam tadi.
"Setelah diperiksa seluruh bahagian untuk mendapatkan bukti sama ada rumah tersebut memang dijadikan 'port' kegiatan menagih dadah. Namun agak sukar mengesahkan kerana seluruh tempat ditimbuni sampah sarap," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Rahayu menasihatkan wanita itu supaya tampil di mana-mana pejabat AADK bagi membolehkan pihak mereka membantunya menjalani pemulihan.
"Kalau dia sayangkan anak-anaknya dan mahu mereka kembali ke pangkuan, dia kena ubah diri sendiri,” katanya
Sumber
Ibu tunggal hilangkan diri selepas kisah didedah
Related Posts :
Bagaimana melembutkan isteri yang garang dan keras kepala, Felinna Nadea dan suami kongsi pengalamanBagaimana melembutkan isteri yang garang dan keras kepala, Felinna Nadea dan suami kongsi pengalaman | BERIKUT adalah luahan dan nasiha… Read More...
Tak dapat ikut sekali, nama kawan dibawa kelilingi Korea, bestnya dapat kawan macam ni!Tak dapat ikut sekali, nama kawan dibawa kelilingi Korea, bestnya dapat kawan macam ni! | KALAU dah nama kawan baik, pergi mana-mana pastiny… Read More...
Adik-beradik pendekar cangkul yang viral pukul kakitangan SAJ didenda RM5000Adik-beradik pendekar cangkul yang viral pukul kakitangan SAJ didenda RM5000 | “Sepatutnya kamu adik-beradik berbincang dengan lebih matang … Read More...
Tahu tak punya masa panjang untuk hidup, ibu tenat ini rakam ucapan hari jadi untuk bayi perempuannya untuk selama 25 tahunMENYEDARI bahawa dirinya tidak mempunyai masa yang panjang untuk hidup, seorang ibu telah rakam ucapan hari jadi untuk bayi perempuan … Read More...
HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUANUlama Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulama yang termahsyur di Makkah menceritakan kisah ini.
Suatu… Read More...
0 Response to "Ibu tunggal hilangkan diri selepas kisah didedah"
Post a Comment