SARI: Jasad seorang pendaki rakyat Malaysia ditemukan selepas dilapor hilang semasa mendaki gunung Damavand di utara Iran pada November lalu, menurut agensi berita
IRNA.
Mayatnya ditemukan sekumpulan pendaki pada Jumaat semasa menuruni gunung itu.
Mereka melaporkan penemuan mayat itu kepada Jabatan Bulan Sabit Merah di bandar raya Amol di wilayah utara Mazandaran yang segera menghantar pasukan menyelamat.
Ekoran masa yang singkat dan keadaan yang gelap, pasukan menyelamat gagal meneruskan misi mereka pada Jumaat dan menyambung kerja menyelamat pada Sabtu.
Mereka akhirnya menemukan mayat dan membawa mayat turun daripada ketinggian 4,300-meter, kata IRNA.
Mayat akan diserahkan kepada pegawai kedutaan Malaysia di Tehran hari ini.
Seramai 12 pendaki Malaysia mendaki gunung tertinggi di Iran itu pada November lalu, namun 10 orang daripada mereka mengambil keputusan untuk turun semula ketika berada pada ketinggian 5,200 meter susulan cuaca buruk dan salji tebal.
Namun dua lagi pendaki mahu meneruskan pendakian sebelum kedua-duanya dilaporkan hilang.
Mayat seorang daripada mereka ditemukan lima hari kemudian dan pencarian pendaki seterusnya terpaksa dihentikan ekoran keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
-- BERNAMA
Sumber
Jasad pendaki Malaysia ditemui selepas setahun hilang di Gunung Damavand
Related Posts :
(Video) “Semua A, kenapa bahasa melayu B” Jawapan Spontan Dari Si Kecil Buat Ramai TerhiburApabila anak sudah mula membesar dan ke sekolah sudah tentu pelajaran menjadi fokus utama ibu bapa.
Ini kerana, sebagai ibu bapa pasti kita … Read More...
Eh kenapa yang seorang digelar Dato’ yang seorang lagi Datin? Ini sebabnya..Mungkin masih ada yang keIiru mengenai gelaran-gelaran keh0rmat yang diguna pakai oleh kerajaan MaIaysia seperti Dato’, Datuk, Dato’ Seri. T… Read More...
Eh, kuaci pun ada! Cikgu mengajar di depan, murid makan nasi lemak dekat belakang… Sudahnya satu kelas dapat habuanKERENAH anak kecil pastinya mencuit hati.
Mereka ibarat kain putih bebas kotoran dan hanya mahu bergembira dalam dunia ini yang ada kal… Read More...
Lepas Kena Perli Hal Rumput Di Laman Rumah, Adira Terus Mesin. Und4ng Lucu Di Hati Netizen!Semua orang akan ada sisi lucunya yang tersendiri. Begitu juga dengan penyanyi, Adira Suhaimi apabila baru-baru ini berkongsi sebuah video d… Read More...
“Orang lain kahwin, tag aku kenapa” – Shamsul ghau ghauEkoran isu yang hangat diperkatakan tentang Syamsul Yusof dan Ira Kazar, pelakon Shamsul Ghau Ghau turut terkena tempias dari netizen apabil… Read More...
0 Response to "Jasad pendaki Malaysia ditemui selepas setahun hilang di Gunung Damavand"
Post a Comment