JALAN Lalapakon yang menghubungkan Kampung Lalapakon ke Kampung Pupulutan terputus berikutan hujan lebat, di Tambunan, pada Sabtu.
Jalan itu dilaporkan terputus pada kira-kira 9 pagi.
Keadaan itu menyebabkan laluan terbabit tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan.
Bagaimanapun, Ketua Polis Keningau, Deputi Superintendan Ahmad Jawila, berkata jalan utama ke Tambunan tidak terjejas.
“Anggota kita menerima maklumat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Tambunan bahawa jalan menghubungkan kedua-dua kampung rosak teruk,” katanya.
Ahmad berkata, JKR sudah meletakkan papan tanda amaran di kedua-dua arah dan jalan alternatif yang boleh digunakan adalah Jalan Pupulutan.
“Selain itu, kita turut melakukan pemantauan di jalan rosak dan belum ada laporan tiada kemalangan jiwa,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Sumber Jalan Lalapakon ‘ghaib’
0 Response to "Jalan Lalapakon ‘ghaib’"
Post a Comment