Anda masih ingat dengan Iqa yang menjadi protege kepada Edry Abdul Halim bagi program realiti Mentor 5? Iqa yang popular dengan lagu Di Penghujungya kini sedang terlantar sakit di hospital sejak bulan Jun lepas akibat sakit tulang belakang bengkok, penyakit urat saraf kronik dan gangguan otot.Iqa kini sudah tidak mampu menguruskan dirinya dan bergantung hidup dengan suaminya, Raja Azlan.
Mula-mula dulu saya cuma sakit pinggang biasa. Kemudian ia melarat sedikit demi sedikit sehingga mengalami sakit pinggang yang teruk,tidak boleh tunduk,berasa sakit setiap kali duduk dan sekarang langsung tidak boleh duduk. Kebanyakan masa saya baring saja.Sakitnya yang saya rasa hanya Allah SWT saja yang tahu.
Iqa sebenarnya tidak mahu menagih simpati ramai, namun beliau akur apabila berita tentang sakitnya ini sudah diketahui penggiat industri hiburan tanah air dan dihebahkan dengan tujuan dan niat yang baik untuk membantu beliau.
Iqa Mentor sakit tulang belakang dan urat saraf kronik, kini sudah tidak mampu uruskan diri dan bergantung hidup pada suami
Untuk anda yang ingin memberikan sumbangan buat Iqa, anda boleh berbuat demikian dengan menyalurkan bantuan ke akaun Maybank, Nursyafiqah Nasratullah Mohd Noor 164089815361.
Via: Beautifulnara
Sumber Iqa Mentor sakit tulang belakang dan urat saraf kronik, kini sudah tidak mampu uruskan diri dan bergantung hidup pada suami
0 Response to "Iqa Mentor sakit tulang belakang dan urat saraf kronik, kini sudah tidak mampu uruskan diri dan bergantung hidup pada suami"
Post a Comment