Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menegaskan, Malaysia akan membuat kajian, sekaligus tidak akan terburu-buru dalam membuat keputusan tersebut.
"Kerajaan pada umumnya tidak akan terburu-buru dalam membuat keputusan kerana ia membabitkan perkara-perkara yang merupakan pelaburan syarikat tersebut.
"Kalau syarikat itu bersifat swasta, tentu ia ditentukan swasta (bukan Kerajaan). Kita buat kajian. Kalau tindakan bersifat unilateral, kadang kala tidak beri impak positif kepada hasil yang kita nak capai."Satunya, kita hendak pastikan, dalam keadaan apa pun, kita masih ada ruang untuk bantu masyarakat Rohingya. Ada kalanya kita mengambil tindakan, tetapi pada masa sama, kita mahu apa yang dihasratkan tercapai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) pada sesi pertanyaan lisan sidang Dewan Rakyat hari ini.
Dalam soalan tambahannya, Dr Wan Azizah bertanya sama ada kerajaan akan memberhentikan semua pelaburan GLC dan GLIC di Myanmar berikutan krisis pembantaian etnik Rohingya.
Sumber Henti pelaburan GLC, GLIC di Myanmar tidak capai matlamat utama - Reezal
0 Response to "Henti pelaburan GLC, GLIC di Myanmar tidak capai matlamat utama - Reezal"
Post a Comment