PUTRAJAYA: Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) hari ini hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini untuk menyerahkan maklumat tambahan baharu berhubung kes penyelewengan dana untuk kepentingan rakyat miskin di Sabah.
Pengerusinya Datuk Zulkarnain Mahdar berkata beliau turut bersedia dipanggil SPRM pada bila-bila masa bagi membantu siasatan kes itu yang dipercayai melibatkan jumlah keseluruhan RM1.5 bilion.
"Saya dimaklumkan SPRM akan meneliti dokumen yang diserahkan hari ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen terbabit erita di Ibu Pejabat SPRM di sini.
Zulkarnain berkata GAUM tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam membangkitkan isu tersebut kerana badan berkenaan bukan pelapor tunggal.
Isu itu pernah dibangkitkan oleh Anggota Parlimen Kota Kinabalu daripada DAP, Dr Hiew King Cheu pada 2011 selain laporan polis oleh Angkatan Muda Keadilan Sabah sebelum ini, katanya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebelum ini dilaporkan berkata SPRM telah memanggil 45 saksi termasuk tujuh yang ditahan reman berhubung penyelewengan dana pembangunan infrastruktur luar bandar di Sabah membabitkan peruntukan RM1.5 bilion dan lebih 70 projek.
-- BERNAMA
Sumber
GAUM serah maklumat baharu penyelewengan dana di Sabah kepada SPRM
Related Posts :
Why didn’t Raja Nong Chik gazette KL City Plan?
Get live updates, pictures and videos here.
NOMINATION DAY LIVE
Former Federal Territories Minister Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. (Fa… Read More...
Kecewa, Naib Ketua Bahagian PPBM Hang Tuah Jaya tanding calon Bebas
AYER KEROH: Gara-gara kecewa tidak dicalonkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Melaka, Naib Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu … Read More...
PKR will gift Sg Siput to BN, says PSM’s Jeyakumar
PH should have recognised what PSM has done in the constituency, says incumbent Dr Michael Jeyakumar.
(From left) PAS’ Dr Ishak Ibrahim, B… Read More...
Azmin, Azwan bertembung di Bukit Antarabangsa
Dapatkan berita terkini di sini.
NOMINATION DAY LIVE
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan berdepan dengan adik kandung… Read More...
Tian Chua down but not out yet, says EC
He can submit an election petition and the EC will abide by the Election Court ruling, says Mohd Hashim.
EC chairman Mohd Hashim Abdullah … Read More...
0 Response to "GAUM serah maklumat baharu penyelewengan dana di Sabah kepada SPRM"
Post a Comment