Beliau berkata kadar penggunaan aplikasi WhatsApp di negara ini pula merupakan yang tertinggi di dunia.
"Dunia digital ini telah merasuk kehidupan seharian kita sehingga menjadi kehidupan kedua kita. Dalam menggunakannya, kita perlu mampu bersaing dan menjadi pencipta digital pintar yang dapat menciptakan kegiatan bisnes online bagi menghasilkan faedah kewangan dan untuk ke depan, dunia digital ini akan menentukan arah tuju peradaban dunia.
"Malangnya tidak semua negara mempunyai kemudahan ini. Negara-negara di benua Afrika seperti Chad, Togo, Ivory Coast, Mali, Rwanda, dan Burundi misalnya masih lagi jauh ketinggalan dalam teknologi ini. Ini mewujudkan jurang digital dan kekayaan antara negara menjadi semakin jauh dan luas," katanya dalam catatan terbaru di blognya pada Jumaat.Bagaimanapun Salleh mengakui wujud jurang digital di Malaysia khususnya melibatkan penembusan Internet di kawasan bandar dan luar bandar dan ia merupakan aspek yang sedang ditangani oleh kerajaan.
Tambahnya, dunia digital ini mempunyai banyak kebaikan, membolehkan komunikasi dalam jarak yang jauh, meluaskan pengetahuan dan kefahaman mengenai dunia, memesan barang, menghantar teks, dan mendapatkan maklumat dengan cepat dan pantas.
"Hari ini kebergantungan kepada dunia digital luar biasa sekali. Sebelum tidur kita melihat maklumat di layar maya dan selepas bangun tidur, kita juga terus melihat maklumat di layar maya. Itulah kebergantungan kita kepada teknologi digital.
"Jikalah generasi hari ini ditanya tentang jenama terulung, tentunya ramai yang akan menjawab Google atau Facebook atau Yahoo. Ini kerana generasi hari ini adalah 'digital natives' yang sangat bergantung kepada penggunaan Internet dalam kehidupan seharian," tambahnya.
-- BERNAMA
Sumber Dunia digital: Penembusan internet di Malaysia lebih tinggi
0 Response to "Dunia digital: Penembusan internet di Malaysia lebih tinggi"
Post a Comment