Dua anggota polis maut dirempuh lori ketika berkonvoi

KEMAMAN: Dua anggota trafik maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggani mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 139 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan, Kemaman, Terengganu pada khamis.

Nahas kira-kira pukul 2.55 petang itu menyebabkan Sarjan Mejar Abdul Hakim Samingan, 54, dan Koperal Suresh A/L Itchang, 36, maut di tempat kejadian.

Ketika kejadian dua anggota yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun itu dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata mangsa bersama tujuh pegawai dan 18 anggota dalam konvoi latihan dalam perkhidmatan menunggang motosikal berat jarak jauh daripada Mersing, Johor  ke Kuala Terengganu.

Mohd Said berkata, sebuah lori jenis Kia dipercayai telah memasuki laluan konvoi lalu merempuh dua motosikal  jenis CBX 750 yang ditunggang mangsa.

“Ekoran kejadian itu kedua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika di hubungi,pada Khamis.

Mohd Said berkata mayat mangsa di bawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk di bedah siasat.

Kes disiasat mengikut seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Sumber Dua anggota polis maut dirempuh lori ketika berkonvoi

Related Posts :

0 Response to "Dua anggota polis maut dirempuh lori ketika berkonvoi"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect