Kata Annuar, kerajaan tidak campur tangan dalam urusan perniagaan oleh mana-mana peniaga selagi mereka tidak melanggar undang-undang.
Dobi halal untuk Muslim sahaja: “Itu hak peribadi mereka masing-masing, kerajaan tak akan campur tangan” – Annuar Musa
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan tidak akan campur tangan dalam urusan perniagaan oleh mana-mana pihak termasuk mereka yang mengusahakan bisnes dobi selagi mereka tidak melanggar undang-undang negara.
Menurut beliau, keputusan mana-mana pihak untuk memajukan perniagaan masing-masing adalah atas pertimbangan komersial.
“Kita beri kebebasan kepada pemilik restoran untuk membuka perniagaan restoran halal atau mendapatkan kelulusan halal.
“Mereka buka perniagaan itu selepas buat kajian sama ada perniagaan itu mampan atau tidak,” kata beliau kepada pemberita pada sidang media pasca-Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, hari ini.
Ahli Parlimen Ketereh itu berkata keputusan komersial yang diambil peniaga itu tidak seharusnya bercanggah dengan mana-mana peraturan dan undang-undang dalam perniagaan.
“Akhirnya keputusan itu keputusan komersial oleh mereka yang nak melaburkan asalkan ia tidak melanggar undang-undang atau peraturan.
“Kalau mereka buat sesuatu tidak melanggar undang-undang itu hak peribadi mereka masing-masing.
“Kalau langgar undang-undang, pihak bertanggungjawab hendaklah ambil tindakan bersandarkan skop undang-undang,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan pemilik dobi di Muar, Johor dan Kangar, Perlis yang mengutamakan pelanggan muslim berbanding bukan Islam untuk menggunakan perkhidmatannya.
Pengusaha terbabit bagaimanapun ditegur oleh Sultan Johor dan Mufti Perlis serta beberapa kumpulan sivik.
Kedai dobi di Muar itu bagaimanapun menarik balik dasar berkenaan.
Sumber: FMT
Sumber
Dobi halal untuk Muslim sahaja: “Itu hak peribadi mereka masing-masing, kerajaan tak akan campur tangan” – Annuar Musa
Related Posts :
Unprecedented Kota Belud floods linked to 2015 quake, says geologist
Universiti Malaysia Sabah’s Felix Tongkul says the Kadamaian river has been made shallow due to mudflows immediately after the deadly earth… Read More...
Asal kucing jalanan, kini Labun miliki kad matrik dan ikuti kuliah di UIA
SETAHUN lalu, gelagat seekor kucing yang tekun mendengar butir bicara pensyarah dirakam di satu sesi pengajaran dan pembelajaran di Univers… Read More...
“Beranak la tiap tahun, berderet kereta nanti” – Sweetnya Amar Baharin, untung Amyra Rosli dapat hadiah kereta lepas bersalin
“Beranak la tiap tahun, berderet kereta nanti” – Sweetnya Amar Baharin, untung Amyra Rosli dapat hadiah kereta lepas bersalin
Beberapa har… Read More...
Azmin tells Tengku Adnan to brush up on his Malaysian history
Selangor Menteri Besar Azmin Ali says the Umno government must be “damn bloody desperate” to have made primary school students wave the Umn… Read More...
Qantas flight to San Francisco turns back after ‘technical issue’
Passengers were told that flight QF 73, which departed at 2.10 pm local time, had been turned back because the autopilot wasn’t working, a … Read More...
0 Response to "Dobi halal untuk Muslim sahaja: “Itu hak peribadi mereka masing-masing, kerajaan tak akan campur tangan” – Annuar Musa"
Post a Comment