Ditinggalkan dalam kereta, budak empat tahun nyaris dilarikan

Seorang bapa nyaris kehilangan anak perempuannya yang berusia empat tahun selepas keretanya dilarikan penjenayah di sebuah stesen minyak di Taman Mahsuri di sini, hari ini. — Foto ihsan Facebook/Kelab Info MalaysiaSeorang bapa nyaris kehilangan anak perempuannya yang berusia empat tahun selepas keretanya dilarikan penjenayah di sebuah stesen minyak di Taman Mahsuri di sini, hari ini. — Foto ihsan Facebook/Kelab Info MalaysiaJITRA, 3 Okt — Seorang bapa nyaris kehilangan anak perempuannya yang berusia empat tahun selepas keretanya dilarikan penjenayah di sebuah stesen minyak di Taman Mahsuri di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Mohd Ismail Ibrahim berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.45 pagi ketika bapa mangsa berusia 33 tahun berhenti seketika di stesen minyak itu untuk ke tandas di belakang stesen minyak dengan meninggalkan anaknya di dalam kereta yang tidak berkunci serta enjin tidak dimatikan.

Mangsa  menyedari kejadian itu selepas  keluar dari tandas kira-kira lima minit kemudian setelah melihat kereta  jenis Honda Civic miliknya telah dilarikan namun berjaya mengesan anaknya semula selepas ternampak anak perempuannya itu sedang menangis kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian.

​Berikutan kejadian itu, lelaki itu kehilangan komputer riba, wang tunai  RM1,000 dan dokumen peribadi yang ditinggalkan di dalam kereta bernilai kira-kira RM80,000 itu manakala anaknya pula berkeadaan baik dan tidak dicederakan.

Mohd Ismail berkata pemerhatian semula kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat tiga suspek yang menaiki kereta Proton Wira berhenti mengisi minyak di stesen minyak yang sama sebelum seorang daripada suspek pergi ke tandas stesen minyak di belakang premis berkenaan.

“Selepas meninjau kawasan sekitar, suspek itu masuk ke dalam kereta mangsa dan melarikan kenderaan itu manakala dua lagi penjenayah yang berada di dalam Proton Wira menyusul di belakang kereta yang dicuri sebelum suspek meninggalkan anak mangsa tidak jauh dari situ,” katanya.

Mohd Ismail berkata siasatan awal mendapati Proton Wira yang dinaiki tiga penjenayah itu adalah kereta yang dilaporkan hilang di Pendang semalam.

“Polis berjaya mengenal pasti seorang daripada suspek terlibat dan dia didapati memiliki banyak rekod jenayah berkaitan curi kenderaan,” katanya.— Bernama



Sumber Ditinggalkan dalam kereta, budak empat tahun nyaris dilarikan

Related Posts :

0 Response to "Ditinggalkan dalam kereta, budak empat tahun nyaris dilarikan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect