Ketua Wanita DAP Sabah, Jannie Lasimbang berkata, kejadian itu berlaku di pusat khidmatnya di Donggongon, kira-kira 8km dari Kota Kinabalu, sekitar 1.30 tengah hari tadi.
KOTA KINABALU: Pusat khidmat DAP di Penampang hampir terbakar apabila pelaku menyelitkan sampul yang dibakar di bawah pintu utama premis itu.
Ketua Wanita DAP Sabah, Jannie Lasimbang berkata, kejadian itu berlaku di pusat khidmatnya di Donggongon, kira-kira 8km dari sini, sekitar 1.30 tengah hari tadi.
“Saya syaki mereka yang melakukan ini berniat jahat. Jadi, kami membuat laporan polis di Balai Polis Penampang petang tadi,” katanya.
Jannie berkata, ketika kejadian, beliau tidak berada di pejabat itu, sebaliknya pengawal keselamatan yang berehat di pejabatnya sempat mengesan tindakan pelaku terbabit.
Katanya, pengawal keselamatan itu segera memeriksa premis itu selepas terhidu bau benda terbakar.
“Saya nampak sampul terbakar itu dan sekotak mancis yang diselit di bawah pintu utama pejabat,” kata pengawal keselamatan itu.
Sementara itu, Jannie berkata, pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga dan memberi kerjasama penuh kepada siasatan polis.
Comments
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
Comments
Sumber Cubaan bakar pusat khidmat DAP Penampang gagal
0 Response to "Cubaan bakar pusat khidmat DAP Penampang gagal"
Post a Comment