Campur tangan pihak ketiga, FIFA gantung Pakistan

ZURICH: PAKISTAN digantung daripada bola sepak antarabangsa selepas badan induk bola sepak dunia, FIFA mendapati terdapat campur tangan pihak ketiga dalam persekutuan bola sepak negara itu - Persekutuan Bola Sepak Pakistan (PFF).

FIFA dalam satu kenyataan hari ini berkata, penggantungan itu akan menghalang pasukan-pasukan bola sepak Pakistan, termasuk skuad kebangsaannya, bermain dalam pertandingan di peringkat antarabangsa dan PFF tidak akan mendapat manfaat daripada program pembangunan dan latihan FIFA.

"Pejabat PFF dan akaunnya akan berada di bawah pentadbir yang dilantik mahkamah, selepas didapati tidak menjalankan tanggungjawabnya untuk menguruskan hal ehwalnya secara bebas tanpa campur tangan pihak ketiga mengikut statut FIFA," kata FIFA.

"Penggantungan itu akan ditarik semula sebaik pejabat PFF dan akaunnya dikembalikan kepada PFF."

Berdasarkan rekod FIFA, Pakistan, pasukan di tangga ke-200 dunia daripada kesemua 211 pasukan, kali terakhir beraksi pada perlawanan penuh di peringkat antarabangsa ialah ketika seri 0-0 menentang Yaman dalam kelayakan Piala Dunia pada Mac 2015.

Pakistan belum pernah layak ke Piala Dunia. - REUTERS



Sumber Campur tangan pihak ketiga, FIFA gantung Pakistan

Related Posts :

0 Response to "Campur tangan pihak ketiga, FIFA gantung Pakistan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect