Usul RUU 355 yang dibawa presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang disenarai dalam agenda sesi Parlimen minggu depan. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 21 Okt — Usul PAS untuk memperkasa Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) dengan hukuman lebih keras sekali lagi disenarai dalam agenda Parlimen.
Rang Undang-Undang (RUU) persendirian yang dibawa presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mencadangkan perubahan Akta 355 tersenarai nombor lima dalam kertas aturan mesyuarat.
Sidang Dewan Rakyat akan bersambung semula Isnin ini dan ia merupakan kali ketujuh usul RUU kontroversi itu tersenarai dalam kertas aturan.
Usul RUU 355 disenaraikan selepas empat RUU kerajaan yang menunggu untuk bacaan kali kedua serta perbahasan.
Tidak jelas sama ada usul itu akan dibahas sepanjang 25 hari persidangan kerana Bajet 2018 akan dibentang Jumaat depan dan waktu perbahasan mengenainya mungkin mengambil masa lama sepanjang tempoh itu.
Selepas beberapa kali percubaan, Hadi pada sesi Parlimen 6 April lalu membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat walaupun ‘diganggu’ beberapa wakil rakyat pembangkang.
Pindaan yang dicadangkan itu antara lain adalah bagi meningkatkan bidang kuasa mahkamah syariah untuk menjatuhkan hukuman penjara maksimum sehingga 30 tahun, hukuman denda maksimum sehingga RM100,000 dan hukuman sebatan 100 kali.
Baca seterusnya di Malay Mail Online
Sumber Buat kali ketujuh, usul RUU Hadi masuk Parlimen minggu depan
0 Response to "Buat kali ketujuh, usul RUU Hadi masuk Parlimen minggu depan"
Post a Comment