Berhenti Kayakan Penipu!

Itu hari saya ada tegur seorang kakak ini yang mengutip duit untuk dibuat makan minum tahlil di suraunya. Setiap 1 bahagian, RM50. Kemudian duit itu dikatakan akan menampung segala belanja untuk jamuan nanti.

Saya tidak persoalkan. Cuma bertanya sahaja. Beliau akan up di Facebooknya dengan nama dan jumlah RM yang diterima. Ada masa RM200 ada masa lebih lagi. Setiap 1 nama tersebut katanya akan dibaca semasa tahlil nanti.

Lalu saya PM beliau. Saya kata macam ada yang tak kena akak buat begitu, oleh kerana bimbang akak dibantai oleh orang ramai, eloklah tak perlu buat begini. Bahaya nanti orang kata akak pula yang ambil duit tersebut kerana tak ada bukti pun akak memasak dan surau itu pun tak tahu wujud atau tak.

Tup dia block saya terus. Saya pun tak tahu dah apa ceritanya.

Baru-baru ini, ada kawan hantar print screen yang dia bercuti di sebuah pulau di negara jiran. Dan punya ramai kecam beliau dengan duit yang dikutip untuk dibuat tahlil tersebut.

Siapa komen dengan kecam, dia block. Siapa PM tanya, dia block. Semualah dia block. Kahkah.

Malam-malam begini aku duk terfikir juga yang kita ini semakin berani menipu dengan guna kata-kata yang mendasari agama.

Ramadan lepas, aku kena tipu juga bab umrah. Aku diamkan sahaja malas nak panjang. Punya hancur hati aku apabila mereka beri alasan begitu begini.

Jika hal umrah itu bernilai ribu-ribu, kali ini ada pula sindiket mengutip duit tahlil yang bermula dari RM50.

Ya Tuhan, zaman apalah yang kita duduki hari ini. Memang ya, Almarhum Tan Sri P. Ramlee sudah lakonkan dari dulu lagi perkara begini.

Kita ketawa dengan lawaknya. Namun jujurnya almarhum beri sesuatu untuk kita belajar.

Hari ini, agama bukan sahaja dijual beli. Namun sudah jadi medan digunakan untuk tipu sana sini. Lalu kita terpedaya. Oleh kerana banyaknya dosa kita, kita lebih rela berniat mahu menghapus dengan duit yang kita ada. Namun kita tertipu begitu sahaja.

Begitulah. Sedih gila. Nak hapus dosa, bertaubatlah. Banyak duit suka derma pun jadi satu kesilapan dah sekarang. Entah-entah mengkayakan penipu. Membesarkan penyangak dan menyokong serta memaharajalelakan perbuatan keji begini.

Haih. Dunia dunia.

Khairul Hakimin Muhammad,
Tak tahu nak kata apa dah.



Sumber Berhenti Kayakan Penipu!

Related Posts :

0 Response to "Berhenti Kayakan Penipu!"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect