SEMALAM, sedang Mary minum-minum petang dengan beberapa orang sahabat yang memang rajin tengok Twitter, salah seorang teman Mary bertanya mengenai pelakon Adam Shahz.
Mary yang ala-ala sekejap lupa sekejap ingat muka si Adam ni pun hairanlah apa halnya dengan dia ni? Jenuh juga hendak cari Mr. Google hendak lihat mana satu rupa dia. Ohh ini dia. Rupa-rupanya kawan tu kata Adam sejak kebelakangan ni banyak meluahkan rasa amarah di Twitter yang mana ramai dapat hidu. Individu yang kena ‘belasah’ dalam status Adam itu tidak lain tidak bukan, bekas isterinya, pelakon Fatin Afifah.
Mary percaya ada sebab kenapa Adam begitu berang sampai dia terpaksa meluahkan di media sosial walaupun tak berapa menyokong cara begini.
Daripada apa yang ditulis di Twitter, Adam menyindir Fatin yang didakwa ligat bersosial selepas mereka sudah bercerai. Teruk juga tahap sosialnya itu, sehingga didakwa oleh Adam seolah-olah mengabaikan dua anak mereka, Adam Aisy Arrian, 4, dan Ivy Herra Sophia, 2.
Adakalanya, keluar sampai lewat malam dan anak-anak tiada siapa yang menjaganya, itu antara teguran Adam buat bekas isterinya itu.
Tak mahu menangkan Adam mahupun bekas isterinya, tetapi bagi Mary, secara rasionalnya, kalau ada masalah antara kedua-dua belah pihak, walaupun sudah tidak lagi bergelar suami isteri, selesaikan dengan cara yang matang. Bukan menulis terang-terangan di laman sosial sebegitu, memalukan diri sendiri.
Bukan Mary tuduh Adam tak matang ya! Tapi sebagai orang dewasa, mungkin Adam ada sebab tersendiri mengapa dia bertindak sebegitu dan kita faham, barangkali dia terdorong dek sifat amarah yang sangat menebal di hati, lebih-lebih lagi bila berkaitan bab anak yang masih kecil.
Mary tak pastilah kalau apa yang disebut oleh Adam itu benar-benar menggambarkan bekas isterinya sebegitu rupa sebab bak kata orang, kita tak boleh dengar daripada sebelah pihak sahaja, betul tak?
Dalam hal ini, kedua-dua belah pihak wajar ambil tindakan yang lebih bijak. Bukan untuk kepentingan diri tau! Tapi keutamaan pada anak-anak dan tidak menyusahkan antara satu sama lain. Kalau benar apa yang dikatakan oleh Adam itu pun, kita harap agar bekas isterinya boleh ubah diri. Keluarga terdekat dia pun perlulah nasihat dan tidak lagi membiarkan begitu sahaja sebab kita tak mahu dia terus rosak begitu. Opss, bukan nak tuduh dia buat hal buruk macam tu, tetapi kalau sekiranya benar, ubahlah mana yang patut.
Inilah yang Mary risau bila generasi muda ramai yang berkahwin awal. Bila dah bosan, minta cerai dan kalau ada anak, entah dijaga entahkan tidak. Inilah yang orang tua-tua selalu marah.
Sumber: Utusan
Sumber Adam Shahz ‘balun’ Fatin Afeefa kaki ‘enjoy’, keluar sampai lewat malam sampai anak tiada siapa jaga
0 Response to "Adam Shahz ‘balun’ Fatin Afeefa kaki ‘enjoy’, keluar sampai lewat malam sampai anak tiada siapa jaga"
Post a Comment