14 jam derita, kemaluan OKU tersangkut di botol

Foto yang disediakan bomba menunjukkan usaha mengeluarkan botol daripada kemaluan seorang OKU.Foto yang disediakan bomba menunjukkan usaha mengeluarkan botol daripada kemaluan seorang OKU.TAIPING, 23 Okt — Kemaluan seorang lelaki tersangkut pada muncung botol air mineral yang digunakan untuk membuang air kecil.

Lelaki, 29, menderita hampir 14 jam sejak isterinya memasukkan kemaluannya ke botol jam 10.30 malam tadi, lapor Berita Harian.

Orang kurang upaya (OKU) itu tidak dapat mengeluarkan kemaluannya walau pelbagai usaha dibuat sebelum dibawa ke Hospital Taiping.

Ketua balai bomba dan penyelamat Taiping berkata pihaknya menerima panggilan jam 11.27 pagi dan menggunakan peralatan khas untuk memotong muncung botol.

“Operasi bantuan khas ini selesai kira-kira 12 tengah hari,” kata Hasna Rashid.



Sumber 14 jam derita, kemaluan OKU tersangkut di botol

Related Posts :

0 Response to "14 jam derita, kemaluan OKU tersangkut di botol"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect