Zakir Naik ditemui lepas solat di masjid Putrajaya

Dr Zakir Naik (dua, kanan) ditemui selepas solat jumaat di sebuah masjid di Putrajaya, 29 September 2017. — Foto ihsan Facebook/Dr Mohamed SaidDr Zakir Naik (dua, kanan) ditemui selepas solat jumaat di sebuah masjid di Putrajaya, 29 September 2017. — Foto ihsan Facebook/Dr Mohamed SaidKUALA LUMPUR, 29 Sept ― Pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik didakwa berada di Malaysia apabila fotonya dirakam selepas menunaikan solat Jumaat di Putrajaya.

Dr Zakir, dikehendaki polis India atas tuduhan menaja keganasan, ditemui orang awam yang menunaikan solat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

“Alhamdulillah, hari ini kita menyertai solat Jumaat bersama Dr Zakir Naik di Masjid Tuanku Zainal Abidin di Malaysia,” kata pengguna Facebook Dr Mohamed Said.

Beliau memuat naik gambar bersama tokoh Maal Hijrah itu beberapa jam lalu.

Pendakwah dari India itu dilapor mendapat taraf penduduk tetap (PR) di Malaysia sejak lima tahun lalu.

Notis merah dikeluarkan kerajaan India terhadapnya untuk siasatan kes keganasan dan pengubahan wang haram.

Selain menafikan tuduhan penyiasat India, Dr Zakir juga memohon agar permohonan notis merah itu tidak dikeluarkan oleh Interpol.



Sumber Zakir Naik ditemui lepas solat di masjid Putrajaya

Related Posts :

0 Response to "Zakir Naik ditemui lepas solat di masjid Putrajaya"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect