Watanya Wongopasi
Jika anda menonton perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea 2017 diantara Malaysia menentang Thailand, pasti anda akan perasan kelibat seorang wanita jelita di tepi padang bersama pasukan Thailand.
Wanita berkenaan adalah Watanya Wongopasi iaitu pengurus pasukan bola sepak Thailand bawah 22 tahun. Apa yang lebih menarik, ini adalah pertama kali dalam sejarah Thailand, seorang wanita menjadi pengurus pasukan bola sepak kebangsaan.
Sudah semestinya kemenangan pingat emas di Sukan Sea 2017 memberikan maknanya yang besar buat Watanya. Gambar beliau menitiskan air mata sejurus kemenangan berpihak kepada pasukan Thailand turut tular di media sosial.
Kata Watanya dalam satu temuramah bersama media, menjadi keutamaan serta fokus pasukan Thailand untuk mempertahankan pingat emas yang pernah diraih mereka sebelum ini.
” Matlamat kami adalah untuk mempertahankan pingat emas serta membawa pulangnya sebagai hadiah buat seluruh rakyat Thailand”, kata wanita berusia 33 tahun ini.
Saat ditanya pasukan manakah yang memberi persaingan sengit untuk temasya kali ni, Watanya berkata Myanmar dan Malaysia adalah pencabar utama untuk meraih pingat emas.
Info Watanya Wongopasi
– Merupakan bekas wartawan penyiaran di sebuah stesen televisyen popular di Thailand.
– Pengalaman dan latar belakangnya dalam bidang komunikasi dan penyiaran menyebabkan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memilih beliau sebagai pengurus pasukan Thailand bawah 22 tahun.
– Sudah berkahwin dan memiliki dua orang anak.
Semoga semangat Watanya menjadi pendorong kepada semua wanita di luar sana yang mengimpikan kerjaya sebagai seorang pengurus pasukan bola sepak. Tahniah dari Suria buat pasukan Thailand.
Sumber: Suria
Sumber Watanya Wongopasi, Pengurus Pasukan Bola Sepak Thailand cantik jelita
0 Response to "Watanya Wongopasi, Pengurus Pasukan Bola Sepak Thailand cantik jelita"
Post a Comment