Sebuah kereta merempuh kedai serbaneka stesen minyak Petronas di Jalan Padi Ria, Johor Baru, 12 September 2017. ― Foto ihsan Facebook/DTTB
JOHOR BARU, 13 Sept ― Seorang warga emas merempuh kedai serbaneka stesen Petronas petang semalam selepas pitam setelah mengisi minyak.
Kereta lelaki 71 tahun itu merempuh dinding kaca premis tersebut dan berhenti selepas melanggar beberapa rak barangan, lapor portal Berita Harian.
Dalam insiden jam 5.30 petang di stesen minyak di Jalan Padi Ria di sini, keretanya juga bergesel dengan motosikal dan Perodua Kancil.
“Kemalangan tidak membabitkan kecederaan, hanya kerosakan kenderaan dan premis kedai,” kata ketua polis Johor Baru Utara ACP Mohd Taib Ahmad.
Pemandu itu yang tidak cedera disiasat bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan, tambahnya.
Sumber Warga emas pitam, kereta rempuh kedai stesen minyak (VIDEO)
0 Response to "Warga emas pitam, kereta rempuh kedai stesen minyak (VIDEO)"
Post a Comment