Dalam kemas kini di Facebook, Jejaka Sereng memaklumkan, dia tidak berniat untuk memalukan sesiapa apabila berkongsi video itu di laman sosialnya.
"Saya ingin memohon maaf di atas kesilapan dan kesalahan saya kerana tidak sepatutnya saya muat naik video itu ke laman sosial Facebook.
"Saya akui kesalahan yang telah saya lakukan kerana menularkan video tersebut," tulisnya.Dalam video berdurasi 43 saat itu, remaja lelaki berusia 15 tahun itu dilihat memukul ibunya beberapa kali di bahagian lengan, dan menerusi perbualan yang dapat didengar, ia berpunca daripada kegagalan remaja itu memperoleh wang daripada ibunya.
Turut dapat didengari adalah rayuan daripada nenek pelajar itu yang cuba meleraikan pertelingkahan.
Portal Harian Metro melaporkan, bapa remaja itu yang berusia 39 tahun telah membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan keluarga terutama anaknya, selepas penyebaran video itu.
Laporan itu juga menyebut, kedua-dua ibu bapa remaja itu tidak mahu sebarang tindakan diambil ke atas anak mereka, dan si ibu juga tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sumber Video remaja pukul ibu, 'tukang viral' pula minta maaf
0 Response to "Video remaja pukul ibu, 'tukang viral' pula minta maaf"
Post a Comment