KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah kekal sepanjang masa. Begitulah perumpamaan yang sesuai digambarkan dengan gelagat cef selebriti, Chef Wan dengan ibunya, Noraini Abdullah.
Video gelagat Chef Wan dan ibunya cuit hati netizen
Umum mengetahui Chef Wan gemar berkongsi kisah hidupnya menerusi laman Instagram. Dia juga banyak memuat naik video bersama ibunda tercinta dengan menggunakan hashtag #cikanisayang.
Walaupun ibunya, Cik Ani mengalami Dementia, iaitu satu penyakit yang mempengaruhi otak dan boleh mengganggu ingatannya, ibu Chef Wan masih boleh mengingati perkara-perkara yang terjadi di sekitarnya.
Namun, ada satu video yang dimuat naik mencuri perhatian netizen. Di dalam video tersebut Chef Wan seakan-akan berlakon menjadi boyfriend yang sedang datingdengan teman wanitanya.
Video itu telah mendapat lebih 222,000 tontonan dan rata-rata netizen memuji tindakan bersahaja Chef Wan yang menggembirakan hati ibunya itu.
Chef Wan juga ada membawa ibunya yang berusia 86 tahun itu berjumpa dengan pakar orang tua dan pakar lutut.
Sikap seperti ini harus dicontohi, walaupun Chef Wan dikenali dan sibuk dengan jadualnya, dia masih menjaga kebajikan ibunya. Dia juga sering membawa ibunya mendapatkan rawatan di hospital.
Kalau dulu makan pakai sakit sihat kita ibu yang jaga, rasanya apalah sangat kalau anak membalas balik jasa mereka yang terkira itu kan…
Bukan itu sahaja, malah cef terkenal tanah air ini juga tidak segan silu untuk membawa ibunya memenuhi jemputan majlis keramaian.
Harap-harapnya selepas ini kasih sayang kita terhadap ibu bapa kita makin bertambahlah ya. Kalau ibu seorang boleh jaga seorang anak, takkanlah seorang anak tak boleh jaga seorang ibu?
Sumber: MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim
Sumber Video gelagat Chef Wan dan ibunya cuit hati netizen
0 Response to "Video gelagat Chef Wan dan ibunya cuit hati netizen"
Post a Comment