Polis belum siap kertas siasatan kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berikutan sebahagian pelajar masih menerima rawatan di hospital. ― Foto oleh Choo Choy MayKOTA BARU, 20 Sept — Polis menolak spekulasi ibu bapa tujuh suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, akan didakwa.
Ketua polis negara berkata kes itu dikategori sebagai juvana dan ibu bapa tidak ada kaitan, lapor Berita Harian.
“Semua pihak, termasuk media tidak perlu membuat spekulasi bukan-bukan mengenai perkara ini. Kami akan kemukakan saranan kepada pihak pendakwaan berdasarkan hasil siasatan,” kata Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Mengulas lanjut, beliau berkata kertas siasatan belum siap kerana polis tidak lagi mengambil keterangan pelajar yang masih dirawat di hospital.
Pada masa sama polis juga menunggu laporan Tenaga Nasional Berhad (TNB), bomba, Jabatan Kimia dan forensik.
“Bagaimanapun, kertas siasatan ini akan disiapkan secepat mungkin memandangkan kes ini sudah menjadi 'high profile',” katanya.
Tragedi Subuh Khamis minggu lalu akibat perbuatan khianat mengorbankan 21 nyawa dan dua warden.
Suspek tujuh remaja berusia 11 hingga 18 tahun ditahan, enam daripadanya positif ganja.
Kementerian Pendidikan juga mendapati mereka adi rekod disiplin sekolah.
Sumber Usah spekulasi bukan-bukan, ibu bapa suspek tidak didakwa
0 Response to "Usah spekulasi bukan-bukan, ibu bapa suspek tidak didakwa"
Post a Comment