TOKYO: Bekas pemain tenis nombor satu dunia, Angelique Kerber menewaskan pilihan kedua, Karolina Pliskova untuk mara ke separuh akhir Terbuka Pan Pacific.
Pilihan ketujuh yang juga bekas finalis di Tokyo itu meraih kemenangan 7-6 (7/5), 7-5 yang menyaksikan dia membalas beberapa pukulan kencang daripada Pliskova dalam aksi yang menampilkan permainan berkualiti tinggi.
Meskipun Pliskova berjaya memberi tentangan, namun tekanan daripada Kerber membuatkan dia terpaksa akur dengan kehebatan pemain dari Jerman itu.
ANGELIQUE Kerber dari Jerman membalas pukulan Karolina Pliskova dari Republik Czech pada aksi suku akhir Terbuka Pan Pasific di Tokyo, malam ini. - Foto AFP /Kazuhiro Nogi
Kerber, 29, yang tergelincir ke ranking 29 dunia dunia sejak memenangi gelaran Terbuka Australia dan Terbuka Amerika Syarikat (AS) tahun lalu akan bertemu Anastasia Pavlyuchenkova pada aksi separuh akhir.
Pemain Russia itu mengetepikan pemain Republik Czech, Barbora Strycova, 5-7, 6-3, 6-1.
Pilihan utama, Garbine Muguruza yang beraksi buat kali pertama selepas dinobatkan selaku pemain nombor satu dunia bertemu pemain Perancis, Caroline Garcia pada aksi suku akhir. - AFP
Sumber Terbuka Pan Pacific: Kerber, Pavlyuchenkova berentap di separuh akhir
0 Response to "Terbuka Pan Pacific: Kerber, Pavlyuchenkova berentap di separuh akhir"
Post a Comment