Penyanyi Ewal diumumkan tersingkir dalam program realiti Akademi Fantasia (AF) Megastar minggu kedua yang diadakan di Royal Theater di sini, malam Ahad.
Ewal atau nama sebenarnya Ikhwal Hafiz Ismail yang menyanyikan lagu nyanyian asal Akim & The Majistret iaitu Potret mendapat undian paling rendah.
Persembahan Ewal juga mendapat ulasan kurang memuaskan daripada barisan juri yang mewakili 60 peratus markah secara keseluruhan.
40 peratus markah lagi dilakukan secara undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh penonton.
Tiga juri yang terlibat memberi komen ialah Datuk Ramli MS, Syafinaz Selamat dan Joe (Wings).
Dalam pada itu, Sufi yang mendapat markah paling tinggi undian peminat muncul sebagai juara mingguan.
Pada konsert keempat ini kesemua peserta menyanyikan lagu genre rock sebagai temanya.
Sementara itu, menurut Datuk Ramli MS, persembahan Ewal pada malam ini kurang memuaskan dan lebih kepada genre pop.
"Persembahan awak tak rock, ia lebih kepada pop. Awak perlu cari keupayaan dan identiti awak sendiri dalam lagu," ujarnya.
Sembilan peserta yang mara ke minggu seterusnya ialoah Bob, Idayu, Marsha, Shahir, Amir Jahari, Indah Ruhaila, Sufi Rashid, Syamel dan Amir.
AF Megastar disiarkan menerusi Astro Ria dan Ria HD pada pukul 9 malam.
Sumber
Tak Rock, Ewal Akhirnya Tersingkir
Related Posts :
Dipaksa tidur dengan anjing, amah didera meninggal duniaPembantu rumah Indonesia Adelina, 21, dipaksa tidur di parkir kereta majikannya bersama anjing selama sebulan — Foto ihsan Facebook/Pejabat … Read More...
Ketagihan pornografi parah
“PERNAH satu hari dia datang jumpa, dia pegang saya dan cakap Ummi, dah tak tahan sangat, saya dah usaha untuk tak ada rasa tapi kenapa mas… Read More...
PPBM parti koboi, 400 aduan isu perlembagaan tak selesaiBekas penyelaras PPBM Arjuna Putra Ali menunjukkan senarai nama pengadu dan cakera keras mengandungi bukti percakapan pengadu. — Foto Bernam… Read More...
Gereja St. George menjadi pilihan Putera Harry, Meghan MarkleWINDSOR: Putera Harry dan tunangnya Meghan Markle, bakal melangsungkan perkahwinan di Gereja St. George, Windsor Castle, Kensington Palace.
… Read More...
Pening kepala Peter Hugh Davis bila anak jadikan Audi putih kanvas seni
HUJUNG minggu merupakan waktu terbaik untuk diluangkan bersama keluarga dan anak-anak namun apa yang terjadi kepada petinju kacak Peter Hug… Read More...
0 Response to "Tak Rock, Ewal Akhirnya Tersingkir"
Post a Comment