KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan bersedia memberi kerjasama dan berkolaborasi dengan kerajaan negeri berhubung hal ehwal sekolah tahfiz, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Katanya pihaknya terbuka untuk mendengar sebarang pandangan dan cadangan dalam memastikan tragedi kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, pada Khamis lepas tidak berulang.
"Kalau kita baca laporan media hari ini kita lihat kebanyakan kerajaan negeri telah mula melakukan analisa bagi melihat kembali pengurusan sekolah tahfiz.
"Cuma saya nak tegaskan di sini bahawa sekolah tahfiz ini berada di bawah kerajaan negeri malah dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri ada menyebut Sultan dan Raja-raja Melayu yang mengetuai agama Islam dalam negeri masing-masing. Jadi kita perlu ada satu cara kerjasama yang harmoni dan tertib berkaitan hal ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program berbasikal Fun Ride @Ampang di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai kebakaran di pusat tahfiz itu yang mengorbankan 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas Selasa ini bagi melihat semula aspek keselamatan maahad tahfiz di seluruh negara.
-- BERNAMA
Sumber
Sekolah tahfiz: Kementerian Pendidikan sedia kerjasama dengan kerajaan negeri
Related Posts :
Ini Penjelasan Dari Che Ta Mengapa Aaisyah Muka Masam Di Sambutan Hari JadinyaIni Penjelasan Dari Che Ta Mengapa Aaisyah Muka Masam Di Sambutan Hari Jadinya
Baru-baru ini, Aaisyah Dhia Rana puteri sulung kepada pasan… Read More...
Ini Nasi Lemak Anak Dara Yang Viral? "Menyumpah Orang Makan Nasi Kau !"...
Seorang graduan bidang kejuruteraan, Siti Hajjar Ramli, menjadi viral kerana memulakan perniagaan nasi lemak sebelum mendapat peluang peker… Read More...
[Eksklusif] Produser Filem Tempatan Bukan Profesional, Hanya 'Jaguh Kampung'
Ketua Pengarah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Kamil Othman mengingatkan produser menjenamakan produk mereka dengan… Read More...
Malaysia's RM660bn National Debt is Being Streamed Live on Facebook
At the time of writing, the Malaysian debt is standing at RM 661, 457, 651, 441. That's about RM661bn. The counter can actually be found on… Read More...
11-year-old Cancer Survivor Commits Suicide Over Bullying
Image: CNN
11-year-old Bethany Thompson was diagnosed with a brain tumour when she was three and had been cancer-free since she was eight … Read More...
0 Response to "Sekolah tahfiz: Kementerian Pendidikan sedia kerjasama dengan kerajaan negeri"
Post a Comment