Dua pekerja Taman Ular dan Reptilia di Sungai Batu Pahat di sini memindahkan 20 ular pelbagai spesies berikutan banjir kilat, 21 September 2017. — Foto ihsan Facebook/Hafiz KingsnakeKANGAR, 22 Sept — Dua puluh ular termasuk ular tedung selar terpaksa diselamatkan ekoran sangkar reptilia itu ditenggelami banjir.
Enam staf Taman Ular dan Reptilia di Sungai Batu Pahat di sini memindahkan reptilia itu ke lokasi selamat ekoran kawasan itu dinaiki air setinggi 0.5 meter.
"Ada kawasan dalam taman ini air setinggi paras paha, ada setinggi paras dada," katanya Mohd Hafiz Alias, 27 seperti dilapor Harian Metro.
Beliau berkata empat staf lelaki dan dua wanita tidak sukar memindahkan ular pelbagai spesies kerana "sudah biasa bermain" dengan ular.
"Walaupun kami dengan ular di sini ibarat saling mengenali, kami masih lagi berhati-hati dalam menjalankan tugas,” katanya.
Mohd Hafiz berkata proses pemindahan antara jam 9 pagi hingga 12 tengah hari semalam bukan pertama kali kerana pernah melakukannya dua tahun lalu.
Sumber ‘Saling kenal,’ selamatkan ular dari banjir tak susah
0 Response to "‘Saling kenal,’ selamatkan ular dari banjir tak susah"
Post a Comment