Rasa macam tak layak, kata Pelakon Wanita Terbaik FFM29

Sangeetha Krishnasamy dinobat sebagai pelakon wanita terbaik FFM29 melalui filem Adiwiraku. — Foto ihsan Instagram/sangeetha_krishnasamySangeetha Krishnasamy dinobat sebagai pelakon wanita terbaik FFM29 melalui filem Adiwiraku. — Foto ihsan Instagram/sangeetha_krishnasamyKUALA LUMPUR, 24 Sept — Sangeetha Krishnasamy tidak menyangka lakonannya sebagai seorang guru dalam filem ‘Adiwiraku’ membolehkannya menang trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29).

Model dan pelakon drama Tamil itu yang memegang watak Cikgu Cheryl Ann Fernando berkata kemenangannya merupakan satu penghargaan buat tenaga pengajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pinang Tunggal di Kedah, lapor Astro Awani.

“Saya rasa macam tak layak, anugerah ini sebenarnya milik kepada heroin sebenar kita, Cikgu Cheryl untuk pengorbanannya, untuk mengubah hidup anak-anak kita dekat SMK Pinang Tunggal, jadi rasa bertuah untuk bawak watak dia,” katanya.

Kemenangannya mengenepikan nama besar lain iaitu Sharifah Amani (Pekak), Izara Aishah (J Revolusi), June Lojong (Redha), dan Yeoh Yann Yann (You Mean The World To Me).

Adiwiraku arahan Eric Ong turut merangkul anugerah filem terbaik serta cerita asal terbaik oleh Jason Chong.

Filem kisah benar itu menceritakan tentang pasukan ‘choral speaking’ sekolah dari luar bandar yang berjaya memenangi pertandingan itu pada tahun 2015.



Sumber Rasa macam tak layak, kata Pelakon Wanita Terbaik FFM29

Related Posts :

0 Response to "Rasa macam tak layak, kata Pelakon Wanita Terbaik FFM29"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect