KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang bertengkar dengan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas tayar kereta miliknya dikapit dalam kejadian di Taman Segar, Cheras di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Chong Kok Sin berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan pukul 6.30 petang tadi selepas dia hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk memberi keterangan.
Menurut Chong, dua anggota penguat kuasa DBKL bertindak mengapit tayar sebuah kereta jenis Perodua Myvi kerana melakukan kesalahan meletakkan kenderaan di luar petak pada 12.46 tengah hari.
"Selepas itu, anggota DBKL menerima arahan untuk membuka kapit tayar kereta terbabit memandangkan pemilik kenderaan ingin membayar denda.
"Apabila anggota DBKL ke lokasi kejadian, berlaku perselisihan faham antara pemilik kenderaan dengan anggota DBKL dan beberapa individu lain," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata anggota penguat kuasa DBKL juga telah membuat laporan berhubung kejadian di Balai Polis Sentul semalam.
"Siasatan berhubung kes ini masih dijalankan," katanya.
Rakaman berdurasi empat minit yang tersebar di laman sosial itu memaparkan seorang lelaki sedang bertengkar dengan anggota DBKL serta beberapa individu lain selepas dipercayai tidak berpuas hati apabila tayar keretanya dikapit.
Lelaki berkenaan turut dilihat mengeluarkan objek dipercayai senjata daripada kereta miliknya ketika pertengkaran itu.
-- BERNAMA
Sumber
Polis tahan lelaki bertengkar dengan anggota DBKL di Cheras
Related Posts :
MK K Clique Dah Berpunya? Guna Panggilan ‘Sayang’ Peminat Wanita Pat4h HatiPenyanyi dan pelakon MK K-Clique sekali lagi mencVri tumpuan wargamaya selepas berkongsi foto ‘sweet’ dengan seorang wanita yang dikenali Ha… Read More...
Merintih di TikTok bisnes tak laku ketika hujan, Berkat sabar, ais krim kelapa tiba-tiba sold out!AIR mata yang jatuh di pipi umpama selebat hujan yang turun dari langit.
Mungkin begitulah gambaran rasa sedih peniaga ini apabila gerai kec… Read More...
Tebvk 3 Lubang Pada Pervt & Tak Mampu Puasa Penuh, Uyaina Syukur Bayi Dalam Kandungan…Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad akui masih menanggung sakit susulan pembed4han membuang apend1ks selepas mengalami kes4kitan tervk pada … Read More...
3 Kali Kecund4ng, Fiza Halim Terg4mam Dilamar Duda VIPTiga kali gagal dalam perkahwinan, Fiza Halim mengakui belum memikirkan soal kahwin dalam tempoh terdekat kerana masih serik.
“Jujur saya ma… Read More...
“Saya Beritahu Haris, Suka Nama ‘Bilal’,” – Neelofa Cerita Proses Pilih Nama Anak SulungSelebriti popular, Noor Neelofa mended4hkan pemilihan nama anak pertamanya, Muhammad Bilal dilakukan atas sepakat bersama suami, Haris Ismai… Read More...
0 Response to "Polis tahan lelaki bertengkar dengan anggota DBKL di Cheras"
Post a Comment