KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan suspek yang bertindak ganas memukul seorang lelaki menggunakan rotan panjang seperti yang tular di media sosial.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datin Asmawati Ahmad berkata kejadian berlaku Klang pada 6 September lalu melibatkan jiran mangsa.
“Kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang sebelum itu memarahi suspek menggunakan kata-kata kesat dan lucah kerana mencampuri urusan keluarga mangsa.
“Suspek kemudiannya datang semula bersama seorang lagi lelaki dan memukul mangsa dengan menggunakan rotan panjang manakala rakannya bertindak merakam kejadian pengadu dipukul,” katanya dalam kenyataan.
Dalam rakaman klip berdurasi 1 minit 44 saat itu menunjukkan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an diarahkan melutut sebelum dipukul menggunakan rotan panjang.
Ketika kejadian terdapat seorang wanita dipercayai isteri mangsa dan seorang kanak-kanak merayu agar suspek berhenti memukul.
Mangsa mengalami kecederaan di bahu, peha, punggung dan betis telah mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (TAR) Klang.
Sumber
Polis cari suspek kes pukul jiran guna rotan
Related Posts :
Photoshop Gagal, Foto Seksi Mariah Carey Jadi Bahan Ketawa Netizen
Sumber Foto: IG Mariah Carey
Mariah Carey adalah salah satu artis yang selalu mempamerkan kecantikan tubuh badannya di had… Read More...
Kontroversi Foto Lucah Tidak Membantutkan Karier Idris KhanSeptember lalu, pelakon, Idris Khan dihimpit kontroversi gambar lucah yang mengaitkan namanya bersama pelakon wanita, Atikah … Read More...
Bakal Dikritik Hodoh, Nicholas Saputra Buat Persediaan Mental
Sumber Foto: Instagram
Pelakon kacak dari negara seberang, Nicholas Saputra sudah membuat persediaan ketahanan mental sekiran… Read More...
Bertentang mata dengan Mona FandeyPADA hari pertama Mona Fandey bersama dua orang lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Raub, Pahang, pada awal 1993, atas tuduhan membunuh, saya… Read More...
Pramugari Shenzhen Airlines, Liu Miaomiao dipilih pramugari senyuman paling menawan di duniaPramugari Shenzhen Airlines, Liu Miaomiao, telah dipilih sebagai pramugari dengan senyuman paling menawan di dunia, dalam satu pertandingan … Read More...
0 Response to "Polis cari suspek kes pukul jiran guna rotan"
Post a Comment