Sehinggakan tulang rusuk penyanyi berusia 23 tahun jelas terlihat terutama ketika dia membuat persembahan dan menari di pentas.
Lantas timbul spekulasi kononnya dia mengalami masalah 'eating disorder'.
Namun kini nampaknya peminat tidak perlu khuatir lagi kerana baru-baru ini gadis yang mempunyai ketinggian 160 sentimeter ini dikatakan sudah nampak lebih sihat dan badannya juga sudah berisi berbanding sebelum ini.
Menerusi foto terbaharu, menunjukkan bahagian perut dan pehanya lebih berisi. Difahamkan berat badannya juga semakin bertambah dan dia kelihatan semakin sehat.
Pasti ini satu berita yang mengembirakan peminat kerana idola kesayangan mereka kini tampil dengan berat badan ideal sekaligus Wendy dipercayai tidak lagi menjalani diet ekstrem.
Selain Wendy, Red Velvet dianggotai Irene, Yuri, Seulgi dan Joy.
Sumber Peminat Lega Berat Badan Wendy Naik
0 Response to "Peminat Lega Berat Badan Wendy Naik"
Post a Comment