Minyak petrol turun tiga sen, diesel naik dua sen

Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 turun tiga sen bermula tengah malam ini hingga 4 Oktober. — Foto failHarga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 turun tiga sen bermula tengah malam ini hingga 4 Oktober. — Foto failKUALA LUMPUR, 27 Sept — Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 turun tiga sen, masing-masing kepada RM2.16 seliter dan RM2.46 seliter bermula tengah malam ini hingga 4 Okt.

Harga runcit diesel naik dua sen kepada RM2.12 seliter, demikian dinyatakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menerusi infografik di laman sesawangnya.  

Bagi minggu sebelum ini iaitu dari 21 hingga 27 Sept, harga runcit mingguan RON95 ialah RM2.19 seliter, RON97 (RM2.49 seliter) dan diesel (RM2.10) seliter. — Bernama



Sumber Minyak petrol turun tiga sen, diesel naik dua sen

Related Posts :

0 Response to "Minyak petrol turun tiga sen, diesel naik dua sen"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect