SEORANG lelaki berusia 21 tahun ditahan di Genting Highlands, Pahang pada jam 12.27 malam hari ini selepas disyaki memuat naik komen berunsur penghinaan terhadap Almarhum Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah.
Baca artikel sebelum: Lelaki Cina hina Almarhum Sultan Kedah dikecam netizen
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata tangkapan suspek dilakukan susulan dari laporan mengenai komen berbentuk penghinaan terhadap kemangkatan Sultan Abdul Halim.
“Turut dirampas seunit telefon bimbit jenama Apple model iPhone 7 Plus dan seunit laptop MSI Gaming G Series,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya juga sedang mengesan seorang lagi individu yang turut memuat naik komen berunsur penghinaan terhadap kemangkatan Almarhum Sultan Kedah.
“Untuk kedua-dua kes, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Sumber Lelaki hina Almarhum Sultan Abdul Halim akhirnya dicekup
0 Response to "Lelaki hina Almarhum Sultan Abdul Halim akhirnya dicekup"
Post a Comment