Lelaki didakwa tunjuk gambar lucah sebelum rogol budak 9 tahun ketika ibu bapanya tiada di rumah

KANAK-kanak perempuan berusia sembilan tahun diperkosa seorang lelaki ketika ketiadaan ibu bapa mangsa di sebuah rumah di Batu 11, dekat Kajang, 16 September lalu.

 

 

Lelaki didakwa tunjuk gambar lucah sebelum rogol budak 9 tahun ketika ibu bapanya tiada di rumah

Lelaki didakwa tunjuk gambar lucah sebelum rogol budak 9 tahun ketika ibu bapanya tiada di rumah

 

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, suspek bertindak mendekati mangsa sebelum menunjukkan gambar lucah yang disimpan di dalam telefon pintar.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh menyewa di kediaman sama dan mengambil kesempatan ketika keluarga mangsa tiada di rumah.

“Ketika hari kejadian, suspek tidak bekerja sebelum masuk ke bilik mangsa dan menunjukkan gambar lucah. Lelaki itu beredar dan kembali semula lalu memperkosa mangsa.

“Malah, suspek cuba menghapuskan bukti dengan membersihkan tubuh mangsa selain mengugut supaya kanak-kanak itu tidak menceritakan kejadian dialami kepada sesiapa,” katanya.

Menurut Ahmad Dzaffir, mangsa bagaimanapun mendedahkan kejadian itu dan ibu bapanya membuat laporan polis.

“Suspek ditahan di Kampung Lombong, Shah Alam, semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: Metro



Sumber Lelaki didakwa tunjuk gambar lucah sebelum rogol budak 9 tahun ketika ibu bapanya tiada di rumah

Related Posts :

0 Response to "Lelaki didakwa tunjuk gambar lucah sebelum rogol budak 9 tahun ketika ibu bapanya tiada di rumah"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect