Lawatan rasmi Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat (AS) ketika ini, membongkar pembohongan dan tohmahan dilemparkan pembangkang, khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Mahathir dan pemimpin pembangkang lain sebelum ini mendakwa Najib bukan saja akan ditangkap jika melawat AS, malah pesawatnya juga tidak dibenarkan melalui ruang udara negara terbabit.
Bagaimanapun, katanya, pertemuan empat mata antara Najib dan Presiden AS, Donald Trump di Rumah Putih membuktikan sebaliknya, selain lawatan itu juga menunjukkan penghormatan tinggi kerajaan AS kepada Perdana Menteri serta Malaysia.
“Isu Jabatan Kehakiman (DOJ) AS juga nampaknya tidak menjadi isu seperti yang digembar-gemburkan oleh Dr Mahathir dan pihak pembangkang selama ini.
“Maka jelaslah, selama ini isu yang ditimbulkan oleh Dr Mahathir dan pembangkang merupakan pembohongan besar kepada rakyat dan fitnah semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Najib yang tiba di Rumah Putih pagi ini (waktu tempatan), bertemu Trump dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke AS, sekali gus menjadi Perdana Menteri ketiga mengunjungi Presiden AS di Washington DC selepas Tun Dr Mahathir Mohamad (Januari 1984) dan Tun Abdullah Ahmad Badawi (Julai 2004).
Kunjungan Perdana Menteri itu adalah atas jemputan Trump sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Sumber: BH Online
Sumber Lawatan PM ke AS bongkar pembohongan Dr Mahathir
0 Response to "Lawatan PM ke AS bongkar pembohongan Dr Mahathir"
Post a Comment