FILEM Pencuri Hati Mr. Cinderella arahan dan lakonan terkini oleh sutradara terkenal Ahmad Idham Nadzri baharu sahaja ‘melabuhkan’ tirai di semua pawagam tempatan pada minggu lalu.
Kutip RM100ribu je: Ahmad Idham salahkan ekonomi, Abang Long Fadil 2 kutip RM5 juta dalam 5 hari, masalah ekonomi juga ke tu?
Malangnya filem itu bukan sahaja kurang mendapat sambutan penonton tanah air, malah posternya dikecam teruk oleh ramai netizen meskipun menerima reaksi positif daripada para pengkritik dan media tempatan.
Lucunya, optimis dengan isu tidak laku filem terbitan syarikatnya, Aifa Motion Sdn. Bhd., Ahmad Idham berkata beliau sedia maklum keadaan ‘lesu’ itu mungkin berpunca keadaan ekonomi Malaysia tidak menentu.
Menurut laporan pelbagai portal tempatan, situasi itu konon turut memberi kesan kepada banyak filem tempatan lain. Jawapan klise beliau itu namun dikutuk ramai netizen sebagai tidak tahu erti nilai bersyukur.
Apabila meraih jutaan ringgit, konon disebabkan hasil kreativiti dan kepintaran penerbit filem itu dan bukan faktor lain tetapi jika gagal, ia segera dipersalahkan kepada ekonomi dan pihak kerajaan jadi sasaran.
Kalau betul ekonomi tidak menentu seperti dakwaan Ahmad Idham ini, bagaimana filem keluaran Skop Production Sdn. Bhd. lakonan pelawak Zizan Razak boleh pula kutip sebanyak RM5 juta dalam masa lima hari!
Untuk rekod, secara purata perolehan jualan tiket Abang Long Fadil 2 keluaran terbaharu Datuk Yussof Haslam dan diarahkan sendiri oleh anaknya, Syafiq Yussof, adalah sebanyak RM1 juta pada setiap hari.
Walhal filem Ahmad Idham selepas habis ditutup ikut Syarat Wajib Tayang yang ditetapkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) hanya mampu meraih RM100,000 sahaja sejak ditayangkan 10 Ogos lalu.
Ada netizen menempelak alasan lucu Ahmad Idham itu dan mendakwa zaman kegemilangannya sudah berakhir apabila ramai sudah ‘muak’ dengan filem tema cinta bahkan tiada idea baharu yang boleh membuka minda.
Tambahan pula kebanyakan stesen televisyen tempatan waima saluran berbayar, setiap hari menyiarkan puluhan drama genre cinta yang lebih segar dan banyak diadaptasi daripada pelbagai novel popular tertentu.
Justeru netizen menyifatkan alasan Ahmad Idham mempersalahkan keadaan ekonomi negara konon tidak menentu atau dasar kerajaan tidak membantu filem tempatan sebenarnya bukanlah jawapan sewajarnya.
Kalau benar ekonomi negara tidak stabil dan rakyat makin hidup melarat, masakan penonton Melayu sanggup boleh habis lebih RM5 juta untuk tayangan lima hari sahaja terhadap filem Abang Long Fadil 2.
Bayangkanlah kalau pihak kerajaan tidak membantu pula dari segi polisi Syarat Wajib Tayang untuk filem domestik, entah berapalah kutipan filem keluaran Ahmad Idham itu sendiri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Sumber: Mynewshub
Sumber Kutip RM100ribu je: Ahmad Idham salahkan ekonomi, Abang Long Fadil 2 kutip RM5 juta dalam 5 hari, masalah ekonomi juga ke tu?
0 Response to "Kutip RM100ribu je: Ahmad Idham salahkan ekonomi, Abang Long Fadil 2 kutip RM5 juta dalam 5 hari, masalah ekonomi juga ke tu?"
Post a Comment