LONDON: Jurgen Klopp mengakui sudah mula bengang dengan kerapuhan jentera pertahanan Liverpool selepas kekalahan 2-0 ke atas Leicester City pada aksi pusingan ketiga Piala Liga, awal pagi tadi.
Skuad bimbingan Klopp bolos susulan kelalaian di bahagian pertahanan yang membenarkan Shinji Okazaki dan Islam Slimani menjaringkan gol buat Leicester pada babak kedua permainan di Stadium King Power.
Sepanjang musim ini, gawang Liverpool hanya tidak ditembusi dalam dua perlawanan, lantas menerima kritikan hebat susulan prestasi hambar.
PEMAIN Liverpool, Dominic Solanke melakukan percubaan cuba dihalang penjaga gol Leicester City, Ben Hamer di Stadium King Power, awal pagi tadi. - Foto Reuters/Ed Sykes
Situasi membuatkan pengurus The Reds Klopp mengakui dia sudah mula bosan dengan persembahan longlai yang menyaksikan skuadnya kini mengharungi empat perlawanan tanpa kemenangan.
"Selepas gol pertama kamu dapat melihat semangat Leicester meningkat dan itulah perbezaan yang terbesar," kata Klopp.
"Permainan berubah dengan situasi seperti ini di mana kamu perlu mengambil peluang dengan sendirinya atau kadang kala kamu berada di bahagian yang salah dan itulah yang berlaku.
PEMAIN Leicester City, Islam Slimani (kiri) meraikan gol jaringgannya bersama rakan sepasukan ketika menentang Liverpool di Stadium King Power, awal pagi tadi. - Foto Reuters/Ed Sykes
"Tetapi apabila kami melepaskan gol seperti ini, ia benar-benar membuatkan saya sakit hati.
"Tetapi kami masih lagi pasukan yang baik, saya dapat melihatnya namun malangnya ia tidak merasa seperti itu ketika ini kerana ia adalah kejohanan piala.
"Kami mahu mara ke peringkat seterusnya.
"Cerita untuk permainan seperti ini mudah untuk diterangkan di mana kami pasukan yang lebih baik pada separuh masa pertama, bermain bola sepak yang baik dan kami tidak menjaringkan gol dan kadang-kala ia sebahagian daripada bola sepak.
"Tetapi selagi kami melepaskan gol seperti kami lakukan hari ini, jadi ia akan terus sukar." - AFP
Sumber Klopp naik angin prestasi The Reds
0 Response to "Klopp naik angin prestasi The Reds"
Post a Comment