“Keluarga contoh” – Gambar percutian keluarga Norman-Memey dan Abby-Jai dan anak-anak tarik perhatian netizen
Netizen mana yang tidak suka melihat keluarga pasangan selebriti Norman Hakim-Memey dan Abby Abadi-Muhammad Faizal ini? Baru-baru ini difahamkan keluarga besar mreka sedang bercuti di Langkawi. Beberapa keping gambar yang dimuat naik di laman instagram Norman, Memey bahkan Abby Abadi mendapat komen positif daripada netizen.
Apa yang menarik gambar pasangan berkenaan di pusat kereta kabel langkawi berlatar belakang kunci mangga berbentuk cinta yang dimuat naik oleh Norman berjaya mencuri tumpuan netizen.
Rata-rata netizen memuji pertalian erat antara keluarga berkenaan, bahkan ada juga yang mendoakan kebahagian mereka sekeluarga sehingga ke syurga.
Hasil perkahwinan Norman dan Abby dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu Mohamed Danish Hakim, 14, Marissa Dania Hakim, 12, dan Maria Danisha Hakim,9 sebelum mereka berdua bercerai pada tahun 2008.
Abby pula berkahwin dengan Muhammad Faizal pada tahun 2015, manakala Norman pula mendirikan rumah tangga dengan pelakon Memey pada tahun 2011.
Hasil perkahwinan Norman dan Memey selama tujuh tahun dikurniakan dua putera, Muhammad Darwishz Hakim, 4, dan Muhammad Dirkhriz Hakim, 2 tahun.
Sumber Instagram Norman Hakim dan Instagram Memey
Sumber: Kisah Dunia
Sumber “Keluarga contoh” – Gambar percutian keluarga Norman-Memey dan Abby-Jai dan anak-anak tarik perhatian netizen
0 Response to "“Keluarga contoh” – Gambar percutian keluarga Norman-Memey dan Abby-Jai dan anak-anak tarik perhatian netizen"
Post a Comment