Kabel putus, komuter Kuang-Rawang dihentikan

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menghentikan sementara perkhidmatan komuter laluan Kuang-Rawang di kedua-dua arah berikutan kabel talian atas antara laluan itu putus, pagi tadi.

Jurucakap KTMB dalam satu kenyataan, berkata kejadian mengakibatkan perkhidmatan tren komuter dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) mengalami gangguan perjalanan.

Pada masa ini katanya, kerja-kerja membaik pulih di laluan terjejas sedang giat dijalankan dan penumpang dinasihatkan merancang perjalanan menggunakan perkhidmatan alternatif untuk ke destinasi masing-masing.

“KTMB sedang menguruskan pemindahan penumpang ETS yang terkandas ketika dalam perjalanan.

“Perkhidmatan bas untuk pengguna tren komuter di antara laluan Sungai Buloh-Rawang disediakan manakala, perkhidmatan tren komuter di antara laluan Tanjung Malim-Serendah dan Pelabuhan Klang-Sungai Buloh adalah normal,” katanya.

Katanya, sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan KTMB memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan KTMB di talian 03-22671200 atau melayari akaun Twitter KTMB di @ktm_berhad.

Sumber: BH Online



Sumber Kabel putus, komuter Kuang-Rawang dihentikan

Related Posts :

0 Response to "Kabel putus, komuter Kuang-Rawang dihentikan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect