Paparan skrin menunjukkan gadis beraksi bersama produk perisa vape di kolam renang hingga mendapat kecaman ramai. ― Foto ihsan Facebook/Jason KingPETALING JAYA, 25 Sept — Video iklan yang mempromosi produk perisa rokok eletronik yang memaparkan aksi gadis berahi dikecam ramai.
Video seminit itu memaparkan gadis separa bogel mempromosi produk dengan aksi ghairah di katil dan kolam renang, lapor mStar Online.
Justeru, ketua pegawai eksekutif Sexbomb Vapor Co memohon maaf berikutan penyiaran video sempena ekspo NEC Vapor di United Kingdom, Oktober depan.
Jack mengakui iklan yang menular di media sosial tiada kaitan dengan pasaran atau komuniti rokok elektronik di negara ini.
“Kami turut kesal video ini telah menyinggung sensitiviti budaya Malaysia,” katanya.
Video yang disangka mempromosi pakaian dalam wanita kerana memaparkan pelakon separa bogel, dikecam pengguna internet di Malaysia kerana didakwa mengeksploitasi wanita.
Paparan tersebut kemudian dipadam dari Instagram syarikat itu.
Sumber Iklan gadis separa bogel di katil, Sexbomb Vapor minta maaf
0 Response to "Iklan gadis separa bogel di katil, Sexbomb Vapor minta maaf"
Post a Comment