Ibrahim Ali kecewa gelaran Raja Lompat yang dipegangnya selama ini terlepas ke tangan orang lain

KUALA LUMPUR – Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menzahirkan rasa kecewa rentetan gelaran ‘Raja Katak’ yang dipegang beliau selama ini terlepas ke tangan orang lain.

 

 

Ibrahim Ali kecewa gelaran Raja Lompat yang dipegangnya selama ini terlepas ke tangan orang lain

Ibrahim Ali kecewa gelaran Raja Lompat yang dipegangnya selama ini terlepas ke tangan orang lain

 

 

Katanya, gelaran itu kini dirampas oleh bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib setelah kembali kepada pangkuan Umno Ahad lalu.

“Rumusannya saya agak kecewalah kerana gelaran Raja Katak atau pun diibaratkan saya ini sebagai pemegang pingat emas sudah dirampas oleh orang lain.

 

“Sekarang pemegang pingat emas adalah Tan Sri Mat Taib, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Zaid Ibrahim dan Senator Mohamad Ezam Mohd Noor, saya sudah jatuh pemegang pingat perak,” katanya ketika sesi soal jawab bersama media di ibu Pejabat Perkasa di sini hari ini.

 

Dalam pada itu, katanya sementara itu pemegang pingat gangsa pula dalam ‘ ‘acara’ ini adalah Presiden Amanah Mohamad Sabu.

“Mat Sabu dan kumpulannya yang menubuhkan parti baharu dianggap pemegang pingat gangsa,” katanya.

Perjalanan politik Ibrahim penuh warna-warni apabila pernah bersama Umno, menyertai serpihannya Parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah, malah menang menggunakan tiket Pas tetapi kemudian menjadi wakil bebas.

Oleh sebab itu, beliau digelar ‘katak’ oleh musuh-musuh politiknya.

Sementara itu, secara peribadi ketika menyimpulkan keputusan Mat Taib kembali menyertai Umno, Ibrahim menegaskan bahawa itu hak beliau untuk berbuat demikian.

“Saya nak nyatakan itu hak Tan Sri lah dia nak kembali kepada Umno ini kebebasan individu,” katanya.

Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib sebelum ini pernah menyertai Pas dan PKR sebelum bertindak kembali ke ‘pangkuan’ Umno.

Mat Taib merupakan bekas Menteri Besar Selangor ke-11 dan menggalas jawatan itu selama hampir 12 tahun sejak 1986.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah pada 2008.

 
Sumber: Sinar


Sumber Ibrahim Ali kecewa gelaran Raja Lompat yang dipegangnya selama ini terlepas ke tangan orang lain

Related Posts :

0 Response to "Ibrahim Ali kecewa gelaran Raja Lompat yang dipegangnya selama ini terlepas ke tangan orang lain"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect