SEREMBAN: Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) telah mengikut prosedur yang ditetapkan sebelum menyerahkan jenazah kepada warisnya, kata Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr Zainudin Mohd Ali.
Beliau mengulas laporan sebuah portal berita semalam yang memetik sebuah akhbar berbahasa Cina yang melaporkan seorang anak berkata keluarganya tidak berpuas hati dengan tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) yang mengebumikan mayat bapanya yang beragama Hindu di Tanah Perkuburan Islam.
Ia melibatkan jenazah seorang individu yang bernama Mahat Sulaiman yang telah meninggal dunia di HTJS pada 9 Sept lalu.
"Pada hari arwah meninggal, pihak HTJS telah menghubungi JAINS apabila terdapat keraguan mengenai status agama arwah berikutan dakwaan waris (anak) bahawa arwah bapanya bukan beragama Islam.
"Namun semakan kad pengenalan arwah yang diserahkan oleh waris tertera bahawa arwah beragama Islam. JAINS juga telah mengesahkan bahawa arwah masih lagi beragama Islam.
"Pada jam 1.20 tengah hari pada 9 Sept, jenazah telah dituntut oleh waris iaitu Roseli Mahat (anak simati) dengan dihadiri bersama pihak JAINS," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu Dr Zainudin berkata penyerahan arwah daripada HTJS kepada waris tersebut dilakukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Dilaporkan keluarga tersebut akan berusaha untuk mengkebumikan mayat tersebut di Tanah Perkuburan Hindu.
-- BERNAMA
Sumber
Hospital ikut prosedur serah jenazah
Related Posts :
Gambar: Beratur panjang dari sebaris jadi bentuk S dan akhirnya jadi bentuk 8! Orang ramai serbu tuntut ‘Wang Tak Dituntut’
Gambar: Beratur panjang dari sebaris jadi bentuk S dan akhirnya jadi bentuk 8! Orang ramai serbu tuntut ‘Wang Tak Dituntut’
Sejak minggu… Read More...
Derita pakai braces palsu RM580, baru sejam pakai bracket dan tercabut!BRACES RM580
sekadar perkongsian ya sahabat semua . Tiada niat lain. Tiada niat nak tutup periuk nasi sesiapa pun . Sebab aku tak pern… Read More...
8 tahun kawan tak bayar hutang, gadis ini ajar cara macam mana nak tuntut kembali
8 tahun kawan tak bayar hutang, gadis ini ajar cara macam mana nak tuntut kembali
“Biar papa asal bergaya”. Tanpa disedari, ramai ora… Read More...
Wanita ini diceraikan lepas beberapa hari kahwin kerana tiada dara. Lelaki, explain?
Wanita ini diceraikan lepas beberapa hari kahwin kerana tiada dara. Lelaki, explain?
Dalam masyarakat kita, dara seorang gadis dianggap pe… Read More...
“Jurugambar suruh buat muka cute, tapi saya tak tahu ia untuk siaran TV” – Gadis kenyit mata dalam berita menangis baca komen negatif“JURUGAMBAR suruh saya buat muka ‘cute‘, senyum dan pandang pada kamera. Saya buat, tetapi tak tahu untuk siaran televisyen.”
“Jurug… Read More...
0 Response to "Hospital ikut prosedur serah jenazah"
Post a Comment