DAP jawab Umno: Siapa tidak peduli masa banjir?

SMK Jitra digenangi air banjir pada 24 September 2017. — Foto ihsan Facebook/ Info Banjir Kedah SMK Jitra digenangi air banjir pada 24 September 2017. — Foto ihsan Facebook/ Info Banjir Kedah ALOR SETAR, 28 Sept — Tidak menghebahkan bantuan ketika banjir melanda Kedah tidak bermakna pembangkang tidak buat kerja, kata pengerusi DAP negeri.

“Kita nafi dakwaan dilemparkan berikutan situasi semasa di Kedah ketika ini,” kata Tan Kok Yew, mengulas sindiran Pemuda Umno negeri, seperti dilapor Sinar Harian. 

“Tidak uar-uar kerja dan bantuan dilakukan kami ketika banjir melanda kawasan terlibat tidak bermakna pemimpin pembangkang tidak buat kerja.”

Isnin lepas, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin bertanya “mana pemimpin pembangkang menghilang ketika musibah banjir melanda” negeri itu.

Tan, yang juga wakil rakyat Derga, berkata DAP membantu mangsa banjir sejak Jumaat lepas dan tidak berdiam diri seperti ditohmah.

“Daripada menghebahkan aktiviti membantu mangsa melalui media mahupun laman sosial, lebih baik kami membantu rakyat memerlukan,” katanya.

Tambahnya, kawasan yang dilawati pihaknya termasuklah Taman Lam Sun, Pekan Cina dan Tanjung Seri Hujung sejak 22 September lagi.

Seramai 2,280 orang dipindahkan di daerah Pokok Sena, Kuala Muda, Kota Setar, Kubang Pasu dan Pendang dalam banjir kilat pada 23 September lalu.

Keadaan itu berlarutan sehingga beberapa hari. Pada 26 September, jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan seramai 1,991 orang.



Sumber DAP jawab Umno: Siapa tidak peduli masa banjir?

Related Posts :

0 Response to "DAP jawab Umno: Siapa tidak peduli masa banjir?"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect