Buang bayi tepi beranda, gadis 19 tahun ditahan polis

Ketua Polis Batu Pahat berkata siasatan terperinci mendapati bayi tersebut adalah hasil hubungan sulit suspek bersama teman lelakinya. — Paparan skrin GoogleKetua Polis Batu Pahat berkata siasatan terperinci mendapati bayi tersebut adalah hasil hubungan sulit suspek bersama teman lelakinya. — Paparan skrin GoogleJOHOR BARU, 23 Sept — Seorang remaja berumur 19 tahun ditahan selepas didapati membuang bayinya yang baru dilahirkan di Kampung Parit Lubok Darat, Semerah, Batu Pahat tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata penahanan dilakukan sejurus selepas pihak polis mendapat maklumat daripada orang awam yang menemukan bayi berkenaan di tepi beranda rumahnya.

“Suspek melahirkan bayi perempuannya kira-kira 12.30 tengah malam selepas mengalami sakit perut di hadapan sebuah rumah.

“Selepas itu suspek meninggalkan bayi tersebut di situ dan pulang ke rumahnya dengan uri dan tali pusat bayi itu dibuang pula di tepi rumahnya.

“Pemilik rumah tersebut tidak ada di rumah ketika itu. Apabila pulang ke rumahnya dia mendapati terdapat bayi perempuan di tepi beranda rumahnya dengan berlumurkan darah lalu memaklumkannya kepada polis,” katanya.

Abdul Wahib berkata siasatan terperinci mendapati bayi tersebut adalah hasil hubungan sulit suspek bersama teman lelakinya.

Kes disiasat kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat untuk membuangnya. — Bernama



Sumber Buang bayi tepi beranda, gadis 19 tahun ditahan polis

Related Posts :

0 Response to "Buang bayi tepi beranda, gadis 19 tahun ditahan polis"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect