
Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim bertitah baginda terkejut dengan kewujudan dobi khas untuk orang Islam sahaja di Muar, Johor.
“Benarkah ini? Ini terlalu melampau.
“Saya terkejut,” tulis putera sultan Johor di Twitter petang ini.
Baginda juga memuat naik rakaman skrin laporan sebuah media berbahas Inggeris berkaitan perkara itu.
Laporan itu, yang bertarikh semalam, antaranya memuatkan gambar papan makluman di kedai itu yang menjadi tular di Internet.
Pandangan baginda itu selari dengan Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang disiarkan di Malaysiakini hari ini yang menganggapnya sebagai amalan sempit.
Menurut gambar yang tersebar, kedai tersebut meletakkan papan tanda tertera “Dobi ini hanya menerima pelanggan beragama Islam sahaja atas faktor kesucian”.
Pengendali dobi itu ketika ditemui sebuah akhbar Cina enggan menyatakan sebab syarat itu dikenakan, dan hanya berkata melaksanakan tanggungjawab sebagai orang Islam.
Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Nooh Gadut sendiri bagaimanapun melihat perkara itu tiada masalah kerana bagi menjamin pakaian yang dicuci bersih daripada najis berat.
Sumber: MK
Sumber
“Benarkah ini? Ini terlalu melampau. Saya terkejut” – Reaksi Tunku Idris tentang dobi untuk orang Islam sahaja
Related Posts :
Gadis k4ku 10 saat, boyfriend tak pandai buat surprise ‘sangat sweet’ ketika melamar guna bonet kereta – “Rasa tak layak untuk semua ni”“RASA macam tak layak untuk terima semua ni,” itulah kata-kata seorang gadis apabila kekasihnya membuat kejvtan yang sungguh istimewa.
Mener… Read More...
“Baring, meniarap pun dah sedap suara, belum berdiri lagi” – Fatin Afeefa Belanja Suara Sambil BaringFatin Afeefa atau nama penuhnya Nur Fatin Afifah, 27 merupakan pelakon yang telah berlakon sejak masih di bangku sekolah lagi, pelakon Tenta… Read More...
[Video] “Tabik Hormat Depan rumah” – Seb4k Pemuda Tamat Latihan Polis Balik jumpa Mak AyahApa yang menjadi kebanggaan keluarga adalah apabila kita menjadi insan yang berguna, yang berbakti kepada ibu bapa dan tanah air kita. Menja… Read More...
Fuh! Bukan 1, tapi 3 foto kreatif milik rakyat Malaysia umur 20 tahun jadi pilihan Apple – “Saya bukan jurugambar”Bukan satu, tapi tiga foto yang dirakamkan seorang anak muda terpilih untuk disiarkan menerusi laman Instagram syarikat teknologi gerg4si, A… Read More...
Siang jadi rider, malam tulis tesis! Abang Foodpanda keluar awal pagi cari rezeki nak sara 5 anak, bayar yuran pengajianHENDAK seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Tugas sebagai penghantar makanan bukanlah sesuatu yang mudah.
Mereka terpaksa mengharungi pelba… Read More...
0 Response to "“Benarkah ini? Ini terlalu melampau. Saya terkejut” – Reaksi Tunku Idris tentang dobi untuk orang Islam sahaja"
Post a Comment