SHAH ALAM – Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap penganjur pesta tarian gay besar-besaran White Party Bangkok yang didakwa akan diadakan di Kuala Lumpur hujung bulan ini.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, aktiviti seperti ini perlu dihentikan dan diharamkan kerana ia bakal membawa kepada lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
Ambil tindakan tegas dan haramkan pesta tarian gay besar-besaran White Party Bangkok yang akan diadakan di KL hujung bulan nanti- Bekas Ketua Polis Negara
“Jika aspek keselamatan ketika pesta gay itu tidak dikawal dan sesuatu berlaku, ada potensi berlaku kekecohan dan jenayah lain juga boleh berlaku seperti pergaduhan.
“Perbuatan menagih dadah dan mengedar dadah juga mungkin akan berlaku dengan berleluasa pada program itu nanti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, penganjur program berkenaan tidak menghormati suasana negara ini yang mementingkan keharmonian dan tatasusila.
“Islam adalah agama bagi Persekutuan Malaysia dan lain-lain agama boleh diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan. Ini menunjukkan penduduk di negara ini majoritinya adalah Islam.
“Kewujudan gerakan politik yang agak ekstrem sejak akhir-akhir ini membawa bersama tabiat buruk dan merosakkan akhlak. Sebagai contoh, seks golongan sejenis dan perlakuan seks bebas sehingga mereka berani mengadakannya dalam negara ini secara terbuka,” katanya.
Beliau melahirkan kekesalan apabila ada pihak yang mempunyai agenda menghuru-harakan negara, menyokong perlakuan songsang dan melindungi mereka yang mengamalkan gaya hidup sedemikian.
Kata Musa, berdasarkan maklumat, satu acara berbentuk parti gay pernah dilancarkan di Bangkok, Thailand pada sambutan tahun baru lalu.
“Acara yang berlangsung selama tiga hari berturut itu juga dihadiri oleh ribuan orang yang meraikan festival tahun baru itu sekali gus menjadikan ia sebagai parti gay terbesar di Asia,” katanya.
Sumber: Sinar
Sumber Ambil tindakan tegas dan haramkan pesta tarian gay besar-besaran White Party Bangkok yang akan diadakan di KL hujung bulan nanti- Bekas Ketua Polis Negara
0 Response to "Ambil tindakan tegas dan haramkan pesta tarian gay besar-besaran White Party Bangkok yang akan diadakan di KL hujung bulan nanti- Bekas Ketua Polis Negara"
Post a Comment