30 bayi Perlis terima sumbangan Hari Keputeraan

 Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shareen Akashah Khalil (tengah) berkenan mendukung seorang bayi penerima sumbangan yang lahir di Hospital Tuanku Fauziah dari 17 Mei hingga 17 Julai lalu. — Foto BernamaRaja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shareen Akashah Khalil (tengah) berkenan mendukung seorang bayi penerima sumbangan yang lahir di Hospital Tuanku Fauziah dari 17 Mei hingga 17 Julai lalu. — Foto BernamaKANGAR, 19 Sept — Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis menyumbang RM38,400 kepada 30 orang bayi ‘keputeraan’ di bawah program Simpanan Bayi sempena sambutan keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Di bawah program itu, bayi beragama Islam menerima RM1,300 yang dikreditkan terus ke dalam akaun Tabung Haji dan mereka didaftarkan sebagai bakal haji manakala bayi bukan Islam diberi RM1,000 dan dikreditkan ke dalam akaun Sijil Amanah Saham Gemilang.

YTSP dalam satu kenyataan berkata sumbangan hanya untuk bayi yang lahir di Hospital Tuanku Fauziah di sini dari 17 Mei hingga 17 Julai iaitu tempoh sambutan keputeraan Tuanku Syed Sirajuddin.

Sumbangan disampaikan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shareen Akashah Khalil di sini hari ini.

Sejak dilancarkan pada 2014, seramai 83 bayi menerima sumbangan tidak termasuk hari ini. — Bernama



Sumber 30 bayi Perlis terima sumbangan Hari Keputeraan

Related Posts :

0 Response to "30 bayi Perlis terima sumbangan Hari Keputeraan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect