KOTA BHARU: Seramai 30 orang tinggal sehelai sepinggang selepas 20 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Wakaf Mek Zainab, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian 2.45 pagi itu, sebanyak 20 rumah musnah termasuk lima rumah kosong.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Zaini Bidin, berkata seramai 26 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 2.52 pagi.
Katanya, setiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati 10 rumah sudah musnah kerana struktur binaan menggunakan kayu.
"Kediaman yang disewa itu dibina berdekatan di antara satu sama lain menyebabkan api cepat merebak. Kami dapat mengawal api dalam masa 45 minit, namun semua 20 kediaman itu musnah," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Sumber
20 rumah setinggan musnah
Related Posts :
Dompet tertinggal, lelaki ini kongsi cara bagaimana keluarkan duit di ATM tanpa kadDompet tertinggal, lelaki ini kongsi cara bagaimana keluarkan duit di ATM tanpa kad | Masih admin teringat kata-kata dari Staf Maybank dulu … Read More...
Terlalu ramai ziarah jenazah dua sepupu lemas, lantai rumah runtuhTerlalu ramai ziarah jenazah dua sepupu lemas, lantai rumah runtuh | Suasana sedih yang menyelubungi keluarga dua sepupu lemas d… Read More...
Video bayi maut jatuh dari ketinggian 30 kaki lepas nenek terlucut gagal imbangkan diri di eskalatorVideo bayi maut jatuh dari ketinggian 30 kaki lepas nenek terlucut gagal imbangkan diri di eskalator | Satu rakaman video yang merakamkan sa… Read More...
Donald Trump lantik tiga anak sendiri dalam pasukan peralihan yang akan memilih barisan kabinetBakal Presiden ke-45 Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, kelmarin menamakan tiga anaknya, Ivanka, Donald Jr dan Eric serta menantunya, Jare… Read More...
Kami tahu kekurangan vokal Fazura, itu cabaran buat kami – EstrangedKami tahu kekurangan vokal Fazura, itu cabaran buat kami – Estranged | Kumpulan Estranged menganggap nyanyian pasangan duetnya Fazura pada m… Read More...
0 Response to "20 rumah setinggan musnah"
Post a Comment