Wanita dijanjikan tempat tidur di sekolah tahfiz namun dibawa ke rumah flat dan dicabul

Seorang wanita muda dijanjikan tempat tidur di sekolah tahfiz tetapi kenalan barunya itu membawa ke sebuah flat sebelum dicabul.

 

Wanita dijanjikan tempat tidur di sekolah tahfiz namun dibawa ke rumah flat dan dicabul

Wanita dijanjikan tempat tidur di sekolah tahfiz namun dibawa ke rumah flat dan dicabul

 

Mangsa, 20-an, yang berkenalan melalui Facebook sejak 15 Julai lalu ke sini dari Pulau Pinang untuk bertemu suspek lebih seminggu kemudian.

Wanita itu pergi ke Masjid Wilayah Persekutuan apabila dijanjikan sedemikian tetapi dibawa ke sebuah flat kira-kira jam 1 pagi, lapor Sinar Harian.

Mangsa diminta duduk di sebelah lelaki itu sebelum memeluknya. Wanita itu terkejut dan menolaknya, lalu bersembunyi di bilik rumah tersebut.

Dalam kejadian 25 Julai, mangsa kemudian mengunci pintu sehingga jam 6.30 pagi sebelum bertolak pulang ke Pulau Pinang.

Suspek, yang mempunyai rekod jenayah termasuk mencabul dan merompak, ditahan polis kira-kira jam 6.30 petang di sini semalam.

Usia suspek, lokasi kejadian dan tempat suspek ditahan tidak dinyatakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa mengesahkan suspek ditahan.

Kes itu disiasat menurut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, katanya.

Sumber: Malay Mail



Sumber Wanita dijanjikan tempat tidur di sekolah tahfiz namun dibawa ke rumah flat dan dicabul

Related Posts :

0 Response to "Wanita dijanjikan tempat tidur di sekolah tahfiz namun dibawa ke rumah flat dan dicabul"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect