Dirogol 3000 kali selama 24 tahun dalam penjara buatan bapa sendiri sampai lahirkan 7 anak, ini kisah Elisabeth Fritzl
Bagaikan “haruan makan anak”, tiada belas dan simpati seorang bapa bertindak kejam terhadap anak perempuannya. Seorang bapa sepatutnya bertindak sebagai penyelamat telah menyalahgunakan kuasanya. Akibatnya, anak perempuannya yang menjadi mangsa.
Elisabeth Fritzl telah menjadi mangsa penderaan seksual bapanya sediri seawal usia 11 tahun. Pada usianya 15 tahun, selepas tamat latihan sebagai pelayan di A1 autobahn dan mendapat pekerjaan dia merancang berpindah dari rumahnya namun rancangannya gagal.
Josef Fritzl sebenarnya adalah seorang bekas jurutera. Dia juga seorang yang berpengaruh di kalangan komuniti setempat. Dengan reputasinya dia berjaya mendapatkan permit pihak berkuasa tempatan bagi merenovasi rumahnya. Tanpa disedari Josef turut memodifikasi sebuah bilik bawah tanah yang kalis bunyi lengkap dengan dapur, peti sejuk, televisyen, VCR dan bilik air. Semuanya ini dibina perlahan lahan sejak tahun 1978 lagi.
Pada 28 Ogos 1984 bapanya meminta bantuannya untuk memasang pintu bilik bawah tanah rumah mereka. Josef kemudiannya menekup mulut anaknya itu dengan kloroform dan mengheretnya ke bilik rahsia yang dibina secara terancang serta merogolnya. Elisabeth dirantai dan dikunci. Ibunya telah membuat laporan menyatakan akan kehilanganya. Ayahnya telah menyatakan bahawa dia mendapat surat daripada anak perempunnya itu.Elisabeth telah dipaksa menulis surat yang mengatakan dia melarikan diri dan menyertai kumpulan ajaran sesat. Josef telah memandu 100 batu dan mengepos surat itu ke rumahnya sendiri.
Maka, bermulalah kehidupan neraka bawah tanah Elisabeth. Bermula dari rantai besi telah bertukar kepada tali yang memudahkannya bergerak ke tandas. Sepanjang 24 tahun di bawah tanah, dia telah melahirkan tujuh orang anak hasil dari perbuatan sumbang bapanya.
Pada tahun1989, Elisabeth melahirkan anak yang pertama iaitu Kerstin. Elisabeth hanya dibekalkan buku panduan bersalin, tuala dan gunting bagi memotong uri semasa proses kelahiran itu.
Josef membawa Elisabeth keluar dengan syarat yang ketat. Selesai urusan dengan doktor giliran pihak polis pula menyoal siasat Elisabeth. Mulanya Elisabeth enggan bekerjasama, setelah diugut untuk dipisahkan dengan anaknya, Elisabeth akhirnya membocorkan rahsia. Josef tidak sangka secepat itu Elisabeth mengkhiantinya Kes kehilangan Elisabeth 24 tahun dahulu kemudiannya dibuka semula.
Menurut Elisabeth dalam bilik, mereka mempunyai televisyen, radio, dan VCR. Makanan disimpan dalam peti sejuk kecil dan akan dimasak semula. Jika makanan itu dibawa terus ke dalam bilik, Elisabeth sudah tahu dia akan diperkosa.
Sumber Dirogol 3000 kali selama 24 tahun dalam penjara buatan bapa sendiri sampai lahirkan 7 anak, ini kisah Elisabeth Fritzl
0 Response to "Dirogol 3000 kali selama 24 tahun dalam penjara buatan bapa sendiri sampai lahirkan 7 anak, ini kisah Elisabeth Fritzl"
Post a Comment